Pemandu Lori Tanah Meninggal Tepi Jalan

Kuantan –  “Saya sempat menegurnya yang berhenti di tepi jalan. Dia tersenyum dan mengangkat tangan,” kata pemandu lori yang mahu dikenali sebagai Man, rakan kepada Ramli Ahmad yang meninggal dunia ketika membawa muatan tanah di Bukit Sekilau, di sini, semalam.

 

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, Man, 30, yang baru selesai mengambil tanah di Bukit Sekilau untuk dihantar ke Kempadang, di sini, menyapa mangsa yang tiba-tiba memberhentikan lori 10 tan di tepi jalan.

 

Katanya, ketika itu, Ramli, 53, yang berasal dari Sungai Karang, di sini, tidak menunjukkan sebarang reaksi pelik dan sempat mengangkat tangan serta senyum kepada rakannya itu.

 

“Saya bersama Ramli berulang-alik menghantar muatan tanah dari Bukit Sekilau ke Kempadang dengan jarak kira-kira 20 kilometer.

 

“Namun, selepas menghantar muatan, saya terkejut mendengar berita dia meninggal dunia di dalam lori di tepi jalan dan amat mengejutkan kerana tidak sampai sejam saya menyapanya,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam. – Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.