Nik Aziz Sudah 
Boleh Duduk

KOTA BHARU 26 Jan. – Kesihatan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan bertambah baik apabila beliau sudah mampu duduk ketika menjalani latihan pemulihan buat pertama kali hari ini.

 

Anaknya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh berkata, malah bekas Menteri Besar itu juga mula mempunyai selera makan dan mengambil makanan dalam kuantiti lebih banyak berbanding sebelum ini.

 

“Doktor memberitahu keadaan ayahanda sudah stabil, walau bagaimanapun, ayahanda kelihatan agak keletihan. Itu faktor tua dan kesan kanser dialaminya.

 

“Doktor juga menceritakan beberapa keajaiban yang berlaku semasa ayahanda dalam proses rawatan. Katanya, keadaan ayahanda di luar daripada buku yang ditulis. Itu kuasa Allah,” katanya melalui laman Facebook beliau petang ini.

 

Nik Abduh dalam pada itu turut berterima kasih kepada rakyat di seluruh negara yang tidak putus-putus mendoakan kesihatan bapa beliau itu.

 

“Semoga Allah melindungi ayahanda daripada sebarang keburukan dan terus merahmati ayahanda di hujung dunianya dan di akhirat nanti,” katanya.

 

Nik Abdul Aziz, 84, dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada 20 Januari lalu akibat penyakit kanser prostat tahap empat. – Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.