‘Maut Dalam Kemalangan’ Pengalaman Paling Dasyat Syarul

Petaling Jaya – Pelakon Syarul Ridzwan menyifatkan khabar angin mengatakan dirinya maut gara-gara insiden berkenaan juga tersebar secara meluas di laman sosial, sebagai gosip paling dahsyat sedangkan dia sebenarnya tidak mengalami sebarang kecederaan.

 

“Ia memang satu gosip yang paling dahsyat pernah saya alami sejak berkecimpung dalam dunia seni. Alhamdulillah, saya tidak apa-apa dan lebih berhati-hati sekarang,” katanya.

 

Penghujung tahun lepas, dunia hiburan tanah air gempar seketika apabila aktor itu dilaporkan terlibat dalam satu kecelakaan jalan raya di Seremban, Negeri Sembilan. Ketika itu, kereta Honda City miliknya dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menjalani penggambaran di Port Dickson, tiba-tiba hilang kawalan lalu terbalik ekoran permukaan jalan licin selepas hujan lebat.

 

Namun perkara yang dikesalkan teraju drama Love You Mr. Arrogant ekoran insiden itu adalah kononnya dia bertelagah dengan wartawan kerana didakwa enggan bekerjasama memberikan sebarang kenyataan ekoran kemalangan tersebut.

 

“Saya dihubungi oleh seorang wartawan kira-kira 10 minit selepas kejadian dan tidak dapat memberikan kerjasama sepenuhnya. Dalam keadaan kelam-kabut, perlu membuat perkara lebih penting termasuk menghubungi keluarga.

 

“Tidak terniat langsung untuk memusuhi wartawan, jadi saya minta maaf sekiranya mengguris perasaan mana-mana pihak,” ungkapnya. -mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.