Main Api Atas Bumbung

Melaka: Sebuah Pusat Penjagaan Kanak-kanak Terencat Akal di Bukit Baru, dekat sini, nyaris terbakar selepas seorang penghuninya yang baru diterima masuk tengah hari semalam, membakar pakaian terpakai di atas bumbung pusat jagaan itu.

 

Kejadian jam 1.55 petang disedari seorang pengasuh pusat itu yang terhidu bau hangit di tingkat atas sebelum melihat pakaian terpakai di atas bumbung terbakar.

 

Difahamkan, ketika kejadian, ada 48 penghuni terencat akal iaitu 30 lelaki dan 18 wanita berusia antara tujuh hingga 50 tahun di pusat jagaan itu yang menghidap autisme, Sindrom Down, hyperaktif dan pesakit terlantar.

 

Pengerusi pusat jagaan itu R David, 41, berkata, difahamkan seorang penghuni terencat akal lelaki berusia 37 tahun yang baru dihantar Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), membakar pakaian itu di atas bumbung.

 

“Nasib baik ketika kejadian seorang pengasuh terhidu bau hangit sebelum melihat asap tebal di tingkat atas. Semua pengasuh yang lain memadamkannya dengan air sebelum menghubungi bomba dan penyelamat,” katanya di sini, semalam.

 

Beliau berkata, pakaian terpakai dan kertas dipercayai diletak di bahagian atas bumbung luar pusat jagaan oleh penghuni terbabit sebelum membakarnya menggunakan pemetik api.

 

Ketika kejadian sebahagian daripada penghuni pusat jagaan itu berada di bahagian tingkat bawah manakala selebihnya di luar manakala yang terlantar dan tidak boleh berjalan berada dalam bilik terselamat.

 

“Selepas diselidik kami menemui pemetik api daripada penghuni terbabit, namun tidak mengambil sebarang tindakan kerana memahami keadaan fizikalnya yang cacat sebelum anggota bomba tiba memadamkan kebakaran,” katanya.

 

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh Pegawai Bomba Kanan ll Hairulnizam Ridhuan berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 2 petang mengenai kebakaran rumah dua tingkat di tempat kejadian.- HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.