Lelaki Mengaku Tidak Bersalah Miliki 4 Bom Buatan Sendiri

NIBONG TEBAL: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Jawi hari ini atas tuduhan memiliki empat butir bom buatan sendiri di Jalan Badak Mati di Sungai Bakap di sini pada 17 Januari lalu.

 

Tan Chai Hok, 43, membuat pengakuan itu dan minta dibicarakan selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan majistret, Siti Salwa Jaa’far.

 

Mengikut pertuduhan, Chai Hok yang juga seorang ahli perniagaan dituduh memiliki empat butir bom buatan sendiri yang menimbulkan anggapan munasabah menggunakan bahan berkenaan bagi mendatangkan kecederaan.

 

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Jalan Badak Mati, Sungai Bakap di sini, kira-kira jam 11.25 pagi pada 17 Januari lalu.

 

 

Chai Hok dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 3 Akta Bahan-bahan dan Kakisan dan Senjata Berbahaya 1958.

 

Kes dikendalikan pegawai pendakwa, Ahmad Syafiq Ahmad Nordin manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – Bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.