Kopetro Anggar 50,000 Pekerja Separuh Mahir Diperlukan Untuk Projek Petronas

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) — Koperasi Kakitangan Petronas Bhd (Kopetro) menyasarkan dapat membekalkan antara 40,000 dan 50,000 pekerja separuh mahir untuk projek yang sedang dijalankan oleh syarikat minyak dan gas nasional, Petroliam Nasional Bhd, dalam tempoh jangka panjang.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kopetro Abdol Alim Yaacob berkata jumlah tersebut yang turut meliputi pekerja asing, diperlukan untuk keseluruhan projek Petronas, termasuk Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) bernilai RM61 bilion.

 

“Ini juga termasuk projek yang melibatkan anak-anak syarikat Petronas Bhd dan projek oleh subsidiari lain yang rancak dilaksanakan di Sabah dan Sarawak,” katanya. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.