Facebook, Instagram Alami Gangguan Seketika

LAMAN sosial popular Facebook dan Instagram  mengalami masalah teknikal di rantau Asia, Australia, Amerika Syarikat hari ini.

 

“Maaf, berlaku masalah. Kami sedang mengusahakannya dan kami akan cuba membaikinya secepat mungkin,” kata Facebook di laman webnya.

 

Tinjauan di Twitter juga mendapati ia sudah “trending”.

 

Pengguna di Malaysia juga terjejas dan kini ramai beralih menggunakan Twitter untuk urusan harian.

 

Walaubagaimanapun, sejam kemudiaan, Facebook dan Instagram kembali berfungsi seperti biasa. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.