BSH Bulan Jan, PH Cepatkan Rasuah, Dedak & ‘Cash Is King’ Ke? Sindir Najib

Oleh: Naimah Shaari

 

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengenai pemberian Bantuan Sara Hidup (BSH) yang akan bermula 28 Januari depan dengan mengatakan PH sedang mempercepatkan pemberian rasuha, dedak dan ‘cash is king’ kepada rakyat.

Menerusi status yang dimuat naik di laman Facebooknya, Najib berkata tindakan PH adalah sebagai langkah pusingan atau ‘u-turn’ mengenai pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang telah dibuat dan berikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu.

Ini kerana, PH dahulu kerap melemparkan fitnah dan menuduh BN memberi BR1M adalah sebagai rasuah atau gula-gula untuk rakyat.

“Dulu PH bukan main kerap lagi tuduh BR1M kerajaan BN dahulu ialah rasuah, dedak dan “Cash is King”. Kini PH mahu mempercepatkan bayaran BR1M.

“Mempercepatkan apa? Mempercepatkan rasuah, dedak dan “Cash is King” kepada rakyat? Boleh tahan tajam juga U-turn terbaru ini,” tulis Najib.

Najib berkata, tindakan PH mempercepatkan pemberian BSH adalah kerana kerajaan sudah sedar ekonomi ketika ini dalam keadaan yang tidak stabil berbanding ketika dipimpin oleh kerajaan BN.

Malah, rakyat sudah mula menyimpan perasaan marah kepada PH berikutan ekonomi menurun dengan mendadak biar pun baru hanya hampir 7 bulan PH memerintah Malaysia.

“Langkah mempercepatkan bayaran BR1M ini juga satu tanda yang kerajaan PH tahu keadaan sebenar ekonomi hari ini lebih teruk dari jangkaan orang ramai.

“Mereka sedar rakyat sudah mula marah dengan kerajaan PH dan keadaan ekonomi yang semakin menurun,” tulisnya lagi.

Selain itu, Najib turut mempersoalkan jumlah pemberian BSH kepada rakyat hanya sebanyak RM300 dan bukanlah RM600 seperti yang BN berikan dahulu dan jumlah rakyat yang menerima BSH juga dikurangkan menjadi separuh daripada jumlah yang sepatutnya menerima.

“Jika BN masih mentadbir dan GST masih dilaksanakan, bayaran BR1M pertama untuk bulan depan bukan hanya RM300 tetapi sekurang-kurangnya RM600 seorang.

“Bukan itu sahaja. Dulu kita bayar kepada 7 juta isirumah. Kini mereka bayar kepada 3.7 juta,” katanya.

Najib turut memerli pemberian BSH buat golongan B40 telah diketepikan oleh kerajaan PH memandangkan golongan bujang tidak berada dalam keadaan hidup yang susah.

“Orang bujang dari golongan B40 juga akan dapat tetapi di bawah kerajaan PH, mereka telah diketepikan. Tak ada orang bujang yang susah, ke?

Tidakkah orang bujang juga mengundi PH 9 Mei lalu malah ada yang berjuang bersungguh-sungguh di laman sosial? Apa kata orang bujang?” perli Najib.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pemberian BSH dipercepatkan untuk tahun 2019.

Penerima akan menerima BSH untuk peringkat pertama adalah bermula 28 Januari 2019. – Suara.TV

 

One thought on “BSH Bulan Jan, PH Cepatkan Rasuah, Dedak & ‘Cash Is King’ Ke? Sindir Najib

  • December 27, 2018 at 9:32 am
    Permalink

    Dulu awak sbb nk raih undi??PH kini ada lebih budget beri lah pd rakyat tanpa harap raih undi??? Sbb dulu awak mulakan cash is king?? Leboh baik siap2 kan diri…bicara nk tepis? Elak? Nafi? Jgn sibuk2 PH urus malaysia..zaman awak da tiada..rosak.punah.musnah.hancur.korup.pecah amanah..semua specis awak sama jer la..!! Tk gusar ke? Tk risau ke? Tkde harga diri ke??.. perli sindir tu yg bolih pun??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.