Baru 6 Bulan, Pakatan Harapan Sudah Mula Dibenci

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan tidak memerlukan masa yang lama seperti UMNO untuk dibenci kerana kegagalan menunaikan janji-janji mereka sebelum ini, kata Naib Presiden PAS, Mohd Amar Nik Abdullah.

Tidak sampai enam bulan memerintah kepincangan pentadbiran kerajaan itu kata beliau kini semakin ketara dan akan menguatkan lagi ramalannya bahawa parti tersebut tidak akan bertahan lama, malah bernasib baik jika berjaya melepasi tempoh sepenggal.

Tambahnya, masalah dalaman yang berlaku dalam Pakatan Harapan hari ini membuktikan ikatan mereka tidak akan bertahan lama.

“Orang ni kata begini, parti ini kata begini. Hingga terpaksa Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim keluarkan kenyataan untuk redakan keadaan.

“Umno sekurang-kurang 60 tahun baru orang benci, tetapi PH hanya enam bulan orang dah cakap macam-macam,” katanya kepada media di Kota Bharu, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin yang mengatakan PAS akan menjadi pembangkang selama-lamanya.

Sementara itu, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, PAS jauh lebih baik berbanding Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang hanya memiliki 11 kerusi.

Kekuatan parti itu tambah beliau hanya berlaku setelah menyertai dengan Pakatan Harapan.

“Kalau dia tak berpakat dengan PH sampai bila-bila pun tak akan jadi kerajaan. Kita tak berpakat pun boleh kuasai dua negeri dan kerusi parlimen kita lagi banyak,” tambahnya.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.