Disahkan Mati Kerana Terlalu Asyik Bermain Permainan Realiti Maya (VR)

Seorang lelaki dilaporkan mati akibat pendarahan berlebihan selepas tidak menyedari luka di kepalanya kerana terlalu asyik bermain permainan realiti maya (VR) Star Wars, baru-baru ini.

Mayat lelaki berusia 44 tahun itu dilaporkan ditemui di apartmennya, kata polis dalam satu kenyataan, Jumaat lalu.

Lelaki itu dilaporkan bermain permainan berkenaan dengan menggunakan set VR sebelum dipercayai tersandung dan jatuh ke atas meja kopi diperbuat daripada kaca.

Siasatan awal menunjukkan, meja itu pecah dan dia mengalami luka di kepala yang malangnya tidak disedari menyebabkannya mengalami pendarahan sehingga akhirnya maut.

Portal berita Lenta.ru melaporkan, mayat lelaki itu ditemui ibunya pada Khamis. Sumber polis dilaporkan berkata, pegawai perubatan percaya nyawanya mungkin dapat diselamatkan jika terus berhenti bermain dan mendapatkan bantuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.