Program Golf Amal YaPEIM Kutip Sumbangan RM18 Juta

PROGRAM Skim Korporat Penyayang merupakan kaedah mengumpulkan sumbangan dari sektor korporat di negara ini, telah berjaya mengumpulkan RM18 juta sejak program ini diperkenalkan pada tahum 1997.

 

Program ini diperkenalkan bukan sahaja memberi faedah kepada YaPEIM dari segi menerima sumbangan, bahkan juga dapat meningkatkan lagi jaringan perniagaan YaPeIM dengan pemimpin korporat dalam negara.

 

Program Golf Amal YaPEIM merupakan sebahagian daripada Skim Korporat Penyayang yang diwujudkan untuk mengumpul dana untuk disumbangkan pula kepada program amal jariah untuk ummah.

 

Dalam penganjuran golf amal yang dianjurkan pada 29 September 2013 telah dapat mengumpulkan sumbangan sebanyak RM247,000.

 

Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri (waktu itu) dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menyertai Kejohanan Golf Amal anjuran bersama Al Rajhi Bank – YaPEIM.

 

Dalam program berkenaan, antara syarikat korporat yang sudi menyumbang kepada Skim Korporat Penyayang YaPEIM ialah Al Rajhi Bank, Kuwait Finance House, Bank Muamalat (M) Berhad, Bank Islam (M) Berhad, UEM Group Berhad, South (M) Industries Sdn. Bhd., Island & Peninsular, Fujixerox, Ericool Engineering, Khairul A & Co., Seri Meraga Properties, DBKL, MPH, TH Plantation, Jahowaki dan lain-lain.

 

Skim Korporat Penyayang merupakan salah satu skim yang diperkenalkan YaPEIM bertujuan menyediakan wadah kepada masyarakat khususnya pemimpin dan Badan Korporat menunaikan tanggungjawab sosial beramal jariah (CSR) dengan cara membiayai/menaja mana-mana program/skim yang dilaksanakan oleh YaPEIM.

 

Menariknya, semua sumbangan atau tajaan akan mendapat pengecualian cukai di bawah Seksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967.

 

Skim ini telah dilancarkan semula pada 1 Disember 2000 oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi Perdana Menteri (ketika itu) di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam (JAKIM) Kuala Lumpur. Pelancaran itu dibuat bersempena dengan pelancaran “Kempen Sebulan Beramal Jariah Peringkat Nasional” dan pelancaran “Skim Amal Jariah YaPEIM” – MyKMU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.