Wanita Thailand Lebih Bermoral Berbanding Wanita Malaysia Yang Tak Tahu Malu

KERANA nila setitik, rosak susu sebelanga. Seekor kerbau bawa lumpur, habis semua terpalit. Kerana Charly Chappius, wanita Malaysia dituduh langsung tidak tahu malu. Langsung… pedih sungguh kata-kata itu.

Bagi yang kurang jelas akan mauduk omelan saya minggu ini, kisahnya adalah mengenai kenyataan seorang lelaki dari Thailand yang dilontarkan menerusi media sosial mengenai wanita Malaysia yang disifatkannya sebagai langsung tidak tahu malu.

Puncanya kerana mereka telah menunjukkan kegilaan yang melampau, yang keterlaluan amat terhadap pemain bola sepak skuad Gajah Perang, Charly Chappius.

Ini komen lelaki itu:

“Apa yang saya tahu, Malaysia sebuah negara yang paling ramai penduduknya orang Islam dan wanita kamu memakai hijab untuk menutup rambut mereka. Saya juga difahamkan, wanita kamu juga rata-ratanya bersifat pemalu. Tetapi apa yang saya lihat di halaman (Facebook) ini, banyak sekali komen daripada wanita Malaysia yang memakai hijab yang apabila melihat komen-komen mereka, saya tertanya-tanya, di mana perasaan malu mereka? Pada saya, mereka seperti tidak tahu malu langsung. Kamu kelihatan seperti perempuan tidak bermoral yang cuba menarik perhatian lelaki. Saya kira wanita kami (Thailand) lebih bermoral berbanding kamu walaupun negara kami (Thailand) dianggap sebagai negara pelacur.”

Pedih lagi menyakitkan hati, bukan?

Tetapi seperti yang saya katakan tadi, apa lagi yang kita nak kata kalau sebab musabab kenyataan senegatif itu dilontarkan susur galurnya adalah daripada sikap atau tindak-tanduk orang kita sendiri. Sebenarnya perkataan tidak bermoral yang saya gunakan itu telah sedikit dilenturkan daripada perkataan sebenar yang digunakan lelaki Thai itu, jauh lebih kesat.

Mungkin ramai yang tidak  sedar bahawa di sebalik kegagalan Harimau Malaya merangkul Piala AFF Suzuki hujung minggu lalu, ada cerita yang lebih menyedihkan daripada itu.

Bukan rahsia lagi betapa ramai anak-anak gadis kita malah isteri orang yang tanpa segan silu menunjukkan betapa gediknya mereka menggilai Chappius. Malang sekali tindak-tanduk mereka itu telah membuat habis kita orang Malaysia, terutamanya wanita lain turut menanggung aib.

Bagi saya, ini lebih menyedihkan daripada sekadar terlepas peluang merangkul sebuah piala. Ini melibatkan maruah agama, bangsa dan negara seluruhnya. Kita bukan sekadar kehilangan piala tetapi sudah hilang maruah!

Kerana begitu terbukanya apa yang mereka lakukan melalui media sosial, persepsi orang Thailand terhadap kita sudah berubah. Selepas ini, wanita kita mungkin tidak akan dihormati lagi sebagai golongan yang begitu menjaga maruah diri, bersifat pemalu dan
mengamalkan sikap budaya yang tinggi.

Masakan tidak jika di Facebook, secara terbuka mereka bukan setakat menunjukkan kegilaan terhadap pemain midfield yang lahir daripada benih kacukan Thai – Swiss itu, malahan sampai ke tahap mengecam, memperlekeh teman wanitanya yang dikatakan tidak sepadan.

Berbagai kata-kata tidak enak yang terang-terangan menghina wanita kulit putih itu dihamburkan. Seorang daripada mereka siap mengaitkan pandangan ibunya bahawa lelaki kacak biasanya berpasangan dengan wanita yang tidak cantik. Kata-kata ini mungkin untuk mengubat hati yang begitu meluap-luap rasa cemburunya!

Sejak berlangsung perlawanan akhir pertama di Bangkok lagi, beberapa minit sahaja selepas sepak mula, bertebaran di di serata media sosial pujian kepada Chappius. Ada yang sampai menganggapnya sebagai anugerah tuhan!

Tidak pernah rasanya sepanjang hayat saya yang sudah 43 tahun ini, sampai begitu sekali wanita kita tergila-gilakan pemain bola keterlaluan seperti itu, apa lagi orang luar yang mengalahkan kita. Begitu bangga seorang gadis Melayu yang hadir ke stadium dengan jersi Harimau Malaya bergambar dalam keadaan dipeluk belakangnya oleh Chappius.

Saya sudah jauh lebih berumur untuk berasa cemburu atau tercabar dengan gelagat yang seperti itu tetapi terasa hatilah juga apabila hal ini dikaitkan dengan moral, maruah, nama baik baik ugama, bangsa dan negara.

Perasaan malu sememangnya amat penting bagi sesiapa juga, lebih-lebih lagi wanita. Kita biasa dengar pesanan orang-orang tua bahawa wanita itu nafsunya sembilan, akalnya satu. Apa yang jadi pelindung untuk dia menjaga kehormatan, maruah dan harga diri adalah perasaan malu. Kalau malu sudah dibuang, inilah jadinya.

Bukan salah hendak memuji, tetapi berpada-padalah. Pemain Harimau Malaya pun bukan tiada yang kacak. Mat Yo umpamanya, pun kacak juga. Tetapi memuji Mat Yo, haruslah dipuji isterinya juga.

 

 

 

Sumber: Sinar Online

22 thoughts on “Wanita Thailand Lebih Bermoral Berbanding Wanita Malaysia Yang Tak Tahu Malu

  • December 26, 2014 at 3:02 pm
    Permalink

    melebih lebih pulak… its normal la… perempuan kan biasa menggilai idol lelaki… (lagipun bukan ker lelaki pun sama ker kepada idol wanita)tak kisah la thailand ker korea ker artis barat ker… bukan kat malaysia je… seluruh dunia pun camtu. Thailand lebih bermoral? Pleaseee… kalau sekadar tulis kat Fb or ambil gambar or menjerit bila terjumpa idol dah dikatakan jauh lebih tidak bermoral…. cuba pergi test buat kat thailand… campak sorang idol lelaki kat tengah2 bandar bangkok. tak payah artis barat… campak jer sorang ahli kumpulan Big Bang… pastu tengok la siapa yang lebih bermoral? negara pelacur …ada hati nak compare tahap moral dengan negara Malaysia… puihhh

    Reply
    • December 26, 2014 at 5:17 pm
      Permalink

      Seorang Islam takkan terkinja-kinja terhadap manusia yang lain.

      Reply
    • December 26, 2014 at 5:53 pm
      Permalink

      owh, biasa eh pompuan melayu gedik mcm tu? padan la makin ramai pompuan melayu kat luar sana yg jual diri mengalahkan pondan siam. org asing melacur, pompuan melayu pun boleh la melacur skali maknanya tu, kira halal la sebab bangsa lain yg kafir buat kan? pastu beranak bersepah buang dlm longkang dlm semak menyusahkan org~ sundal dgt prangai

      Reply
    • December 27, 2014 at 10:48 pm
      Permalink

      gila butthurt kau nie. mesti kau yang komen kat gambar mamat thai nie kan. hahaha. kat Malaysia pun kalau kau campak sorang ahli BB, sama je meroyan dia dengan perempuan kat Thailand.serius sama je. memang gedik. haha

      Reply
    • December 28, 2014 at 7:13 am
      Permalink

      sy tatahu macam mana yg mengomen ni boleh berfikiran macam ni. selalunye yg rasa macam ni antara perempuan2 yg duk komen kat insta semua ni. sy yg tak komen pape yg langsung tak kenal pemain ni pun rasa malu. sebab org macam ni,kami yg terima aib. dpd yg sy baca sy pun boleh nmpk org lain cakap kita ni perempuan murah! tak payah nak tegakkan lagi menda yg salah

      Reply
    • December 28, 2014 at 8:42 pm
      Permalink

      Malula pmpuan leh ckp mnda ni biase. Kalu islam pasti penuh dgn rasa malu..sbb malu la membataskan perilaku wanita. Kt mane hensem ntah chappuis ni…wekkk!

      Reply
    • December 29, 2014 at 8:59 am
      Permalink

      masalah nyer, diorg trkinja kinja g kutuk awek die. mmg ptut le kene ckp mcm tu.

      Reply
  • December 26, 2014 at 5:34 pm
    Permalink

    pa yg pemain thai ni cakap betul … yang bezakan kebanyakan wanita thai dan malaysia hanyalah pakaian … pandangan orang bertudung / berhijab dan tidak bertudung / hijab sudah pasti berbeza …

    Reply
  • December 26, 2014 at 7:23 pm
    Permalink

    xde la hensem sgt pun smpi nk pengsan..biasa2 je..nk minat pun rilek2 sudah..bersederhana dlm semua perkara dan kelakuan..islam atau tidak,fikir dulu sblm buat pape..Jgn smpi menjatuhkan maruah

    Reply
  • December 27, 2014 at 7:42 am
    Permalink

    Bodo nya post..ni kn perbuatan segelintir perempuan jer.. Kenapa guna perkataan peremuan melayu..pos ni lg lah mengaibkan seluruh perempuan melayu…

    Reply
  • December 27, 2014 at 10:43 pm
    Permalink

    Bagi saya tidak semua berperangai mcm tu. Kalau tidak ada chappuis pn sama jr. Jgn lah kerna nila setitik rosak susu sebelanga. Jdi sy kurang brsetuju dgn pndpat admin. Mgkin komen lelaki Thai itu tidak mewakiki semua lelaki Thai yg lain. Bgi sy perempuan Malaysia terutama melayu masih rmai y baik. Percayalah. Hargailah wanita melayu kita dari menghargai otg luar. Tak salah bgi pandangan tpi haruslah menghormati maruah org lain jga. Jgn kerana nyamuk seekor tpi kelambu pula yg hendak dibakar…ermmm

    Reply
  • December 28, 2014 at 12:09 am
    Permalink

    dak usah peduli dengan Mat Thailand Perasan itu.. Kalau diblock euro Mat Thailand ini rasa2 tidak laku mana.. Sebab itu dia balik ke kg halaman nya di Thailand.. Selepas ini kita tenguk sejauh mana perginya hala tuju permainanya.. Kita ramai2 tenguk nanti.. Kadang2 Mat Thailand ini boleh dikatakan syok sendiri.. Sebab peminat Wanita kita terkinja2 dan tergila2kanya.. Tapi bila saya lihat dilaman fb ini.. Tidaklah setampan mana Mat Thailand ini.. Sudahpun namanya peminat memanglah berbagai2 ragam.. berbagai gelagat lebih2 lagi peminat2 wanita dari Malaysia.. Mulalah memuja2nya.. Tetapi Mat Thailand ini seolah2 seperti beruk dapat bunga..Diberikan Bunga.. Habis lunyai Bunga itu dileraikan satu persatu.. Sepatutnya jika benar kamu pemain pro tidak perlu mengeluarkan kata2 perbandingan antara negara Malayisa dan Thailand..Bagi kami2 di Malaysia sebagai negara jiran tidak pernah sesekali ingin mengaibkan negara Thailand.. Sebab Kami mahu menjaga hati dan perasaan jiran2 kita..Dari apa yang saya baca Komen Mat Thailand ini adalah semata2 untuk glamur.. Kalau ingin menjadi glamur sekalipun.. Jagalah hati jiran2 sebelah anda.. Lebih2 lagi kaum2 wanita di Malaysia.. Yang teruja dengan anda mungkin puluhan ribu sahaja.. Tetapi yang tiada kena mengena dengan kamu yang mana kamu bertangapan yang bukan2 terhadap kaum2 Wanita2 yang menonton perlawanan antara Malaysia dengan Thailand adalah Kaum yang segelintir sahaja.. Tetapi walaupun saya bukan kaum Wanita Malaysia.. Saya rasa terkilan tengMat Thailand tadi sendiri ada menyatakan negara mereka umpama syurga dunia.. Disini admin kena ingat..Peminat2 Wanita2 dari Malaysia yang jarang sekali mereka melihat pemain2 dari luar negara bermain.. Dengan skil yang tinggi.. Gaya mengelecek yang mantap.. Dan gaya rambut pula.. Dan pula dianugerahkan oleh Allah Swt pada diriain2 dunia sekarang.. Rupa parasnya tidaklah kacak mana.. Ada lagi Pemain2 Malaysia yang lebih manco dari Mat Thailand ini.. Disebabkan jarang sekali melihat Mat Thailand ini dari dekat.. Tetapi Bila dapat melihat secara dekat memanglah Manco..

    Reply
  • December 28, 2014 at 12:35 am
    Permalink

    memang BENAR kata2 si chappius ni.. kawan2 perempuan saya yg bertudung dgn benda bling2 danggling kat bawah dagu semue tak bermoral, kita dok setia dgn PM dan ngumpat pasal Anwar Ibrahim dan kancu2nya.. ni PM dah sampai Kelantan tgk banjir fuh! bukan kemain suka mereka dgn jerit pekik, “padan muke Anwar, Babi nko Anwar.” Saya ok jer, tapi ternyata kwn2 serta perempuan2 melayu yg bertudung kat luar tu semue otak tak betul, ade je sorang atau dua di idola nya. Saya cuma seorang sahaja idola hingga ke mati: Rasulullah S.A.W.

    Reply
  • December 28, 2014 at 1:51 pm
    Permalink

    Wa lg Hensem dr die..

    Reply
  • December 28, 2014 at 2:15 pm
    Permalink

    Mereka pun bukan bagus sangat. Perempuan murahan juga. Kfc makan. Kedai tak halal makan. Pakai tudung pun tetek selambak. Jangan kutuk perempuan malaysia. I know the truth of them. If mereka kahwib dengan non islam pun wife or husband masih makan babi. Tak semua wanita malaysia tak bermaruah dan tak semua wanita islam thailand akhlaknya baik.

    Reply
  • December 28, 2014 at 8:28 pm
    Permalink

    Tak salah kalau nak minat lelaki ‘plastik’ ke, chappius ni ke, tapi biar berpada. Cukuplah hanya diri sendiri yang tahu kamu minat seseorang. Tak perlu ‘menggedik’,tak perlu ‘Overacting’. waktu orang perempuan tergedik-gedik dgn chappius ni, dia layan baik je. tapi bila belakang dia kutuk. sedar la. lelaki tak suka pun perempuan yang tergedik-GEDIK nak kan dia. Maaf, saya kasar. Tapi itulah hakikat segelintir perempuan yang sanggup buang rasa malu semata-mata terlampau minat lelaki asing ni. Ingat, Malu itu sebahagian daripada Iman. Maaf sekali lagi.

    Reply
  • December 28, 2014 at 10:22 pm
    Permalink

    bila dah menang bolasepak, gitu lah gaya lagunya..
    cuba kalah, bayangpun tak akan nampak.
    pada sebelum perlawanan akhir akan datang, cubalah sekali lagi ulang lagu tu..haha, pasang sekuriti ketat pemain thai masuk padang m’sia

    Reply
  • December 29, 2014 at 5:08 pm
    Permalink

    Alamak.. lawaknya la mamat Thailand ni. Wei pls la. Mamat Korea yg hensem tu pun kita just layan tv je. Inikan pula mamat bola sepak Thailand ni. Senang cakap, tak semua wanita Islam kat Malaysia ni yg gilakan mamat thai ni. Nama dia pun kita payah nak sebut inikan pula nak layan komentar kat fb dia. Cettt. Dah menang bola boleh la berlagak. Cuba kalau diorg kalah. Huhuhu.. sure tak berbunyi lak. Rasulallah AHS tu lagi hensem la woi.

    Reply
  • December 29, 2014 at 7:29 pm
    Permalink

    hahahahaha….kepada pemain Thailand…jangan nak perasan sgt….baru puji sikit da ingat kita puja dia…pigi da…jangan nak banding2kan perempuan kat Malaysia dgn perempuan kat Thailand…ramai lagi perempuan kat Malaysia yg tinggi akhlak nya…kepada gigirls kat Malaysia…xperlula kita beri sokongan pada org yg sombong ni…unfollow mana2 page yg diorg ada…puih….

    Reply
  • December 29, 2014 at 11:32 pm
    Permalink

    Nak buat mcmna lelaki melayu hodoh n gendut. Terpaksa kahwin dgn laki aku sbb dia kaya. Kan best ada mamat handsome sedap tunggang. Anak aku pun handsome.

    Reply
  • December 30, 2014 at 3:35 am
    Permalink

    sikit pun aq xheran ngn si bangang pemain bola sepak thai ni eiuwwww……sipit sedut geli dohhh..

    Reply
  • December 30, 2014 at 3:39 am
    Permalink

    wat malu je sape yg melebih2 suke kat siput sedut pemain thai ni adoyaiiii geli je dh lah kafir….sory yee orang2 thai nk megata pun perempuan melayu melebih2 pun kt laman social je tp perempuan negara korang melebih2 n melacurkan diri kt tepi jalan so hell to u fucker!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.