VIDEO: Detik Cemas Sebelum Maut Dibawa Arus Deras Di Pengkalan Chepa

Kota Bahru – Dua lelaki mati lemas ketika mandi di Sungai Raja berhampiran Kampung Dusun Raja, Pengkalan Chepa di sini, hari ini, menurut polis.


Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, Muhammad Anwaruddin Rosdin, 24, dan sepupunya Adlizil Ikram Abd Rahim, 25, sedang mandi di sungai itu apabila Muhammad Anwaruddin dihanyutkan arus deras.

Sepupunya itu cuba menyelamatkannya dan menyebabkan kedua-duanya hilang dibawa arus deras, kata Ketua Polis Daerah Kota Baharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa.

“Mayat kedua-duanya telah dijumpai,” katanya.

Katanya, mayat kedua-duanya dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk bedah siasat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.