Tugas Saya Untuk Ikut Kenderaan Penguatkuasa JPJ – Tonto

IPOH – Tindakan nekad tonto yang mengekori pergerakan anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengundang padah apabila kenderaan yang dinaikinya disita kerana melanggar peraturan yang ditetapkan.

 

Dalam kejadian di Ipoh baru-baru ini, tonto yang bertindak sebagai pemberi maklumat bagi melindungi syarikat lori yang membawa lebih muatan dan lori ‘hantu itu ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan jalan raya.

 

Menurut pegawai penguatkuasa JPJ, Syalkhan Wan Ahmad ketika menjalankan operasi memburu lori hantu dan yang membawa lebih mautan baru-baru ini, beberapa buah kenderaan yang dinaiki tonto dilihat berkeliaran dan mengekori anggota penguatkuasa.

 

Hasil siasatan yang dilakukan, tonto yang dikenali sebagai Joy itu turut mengakui tidak mempunyai lesen kerana telah disenarai hitamkan selain mengubahsuai kenderaan mengikut spesifikasi yang tidak dibenarkan.

 

 

Menurut Syalkhan lagi sebaik sahaja menghidu kehadiran anggota penguatkuasa JPJ majoriti pemandu lori yang membawa lebih muatan telah meletakkan kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya sebelum melarikan diri.

 

“Antara kesukaran kami menguatkuasa undang-undang, disebabkan kehadiran tonto yang mengekori kenderaan JPJ,” ujarnya.

 

“Apa yang berlaku dalam operasi hari ini (hasil maklumat tonto) beberapa kenderaan lori dikesan telah meletakkan kenderaan ditempat yang tidak sepatutnya dan melarikan diri (bagi mengelakkan tindakan diambil),” katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.