Setelah Dikritik Akhirnya Azmin Ali Batal Sambutan Tahun Baru Di Selangor

Shah Alam – Selangor akhirnya memutuskan untuk membatalkan sambutan Tahun Baru 2015 serta Te‎masya Selangor 15 sebagai tanda simpati kepada rakyat di negeri-negeri pantai timur yang menderita bencana banjir, kata Mohamed Azmin Ali.

Menteri besar Selangor itu berkata, keputusan dibuat bagi menjimatkan perbelanjaan kerajaan negeri Selangor.

“Sebagai tanda simpati kerajaan Selangor turut meluluskan peruntukan RM1 juta untuk kerajaan Kelantan; RM100 ribu ‎masing-masing untuk negeri Terengganu, Pahang, dan Perak” katanya pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK), di Shah Alam hari ini.

Sejumlah RM200,000 juga ‎bagi Misi Bantuan Kemanusiaan yang dikendalikan Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga melalui Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor (Pantas).

Azmin semalam menyatakan kerajaan negeri akan tetap meneruskan rancangan sambutan Tahun Baru 2015 peringkat negeri pada tahun ini dalam skala sederhana bagi mengormati mangsa banjir di pantai timur

Beliau turut memberi jaminan bahawa sambutan yang akan diadakan pada 31 Disember ini tidak akan mewah dan membazirkan wang rakyat berbanding amalan lama yang mementingkan unsur hiburan katanya kepada pemberita ketika Program Gunting Rambut Percuma dan Sumbangan Peralatan Sekolah semalam.

Disebabkan itu pelbagai lapisan maysrakat mengkritik hebat kenyataan Azmin itu sambil menyifatkanya tidak peka dengan penderitaan rakyat.

Sementara itu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) juga diarahkan mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat memohon keselamatan rakyat di Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Perak.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.