Pacuan 4 Roda Terbabas, 2 Pekerja Petronas Maut

Dungun – Dua pekerja Petronas maut selepas pacuan empat roda mereka terbabas di Kilometer 5, Jalan Paka-Bandar Al Muktaffi Billah Shah berhampiran Kampung Santong pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Nusuki Mohamed, 45, yang maut di tempat kejadian dan Rosli Mahmud, 52, yang meninggal dalam perjalanan ke Hospital Dungun.

Rakan mereka Mat Zian Mat Zin, 48, cedera di kaki dan dihantar ke Klinik Kesihatan Rantau Petronas dalam kejadian 9 pagi itu.

Mereka dipercayai dalam perjalanan menuju ke tempat kerja mereka di Petronas Gas Santong.

Pemangku Ketua Polis Daerah Dungun, ASP Elias Abu Bakar mengesahkan kemalangan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.