Kurus Dan Cengkung Bukan Kerana Ambil Dadah – Riz

Petaling Jaya – Penyanyi Riz Zaizizi terkejut dengan dakwaan dirinya kini kelihatan kurus dan cengkung kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Bercakap kepada Kosmo! kata Riz, berat badannya turun mendadak selepas dia mengamalkan diet serta senaman secara berkala sejak empat bulan yang lalu.

“Dakwaan tersebut tidak benar sama sekali. Saya menurunkan berat badan saya dengan mengamalkan pemakanan yang sihat serta senaman yang kerap. Saya langsung tidak terfikir untuk mengambil benda-benda terlarang itu.

Pada mulanya, saya sangat terkejut. Namun, mulut orang tidak boleh ditutup. Justeru, lebih baik fokuskan pada penjagaan kesihatan daripada mengambil tahu tentang perkara tersebut”, katanya.

Jelasnya naib juara Akademi Fantasia (AF6) ini lagi, sepanjang proses menurunkan berat badan dia mengamalkan pemakanan seimbang dan senaman yang kerap,

Dulu, berat badan saya pernah mencecah 120 kilogram. Ketika menyertai AF, berat badan saya turun sehingga 85 kilogram. Agak lama dengan berat tersebut, saya akhirnya nekad untuk menurunkan lagi berat badan saya sehingga 70 kilogram.

Dengan pemakanan seimbang dan senaman yang kerap, saya berjaya mencapai berat tersebut hanya dalam masa empat hingga lima bulan sahaja.

sumber : Kosmo!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.