Kerajaan Negeri Arah Batal Semua Majlis Hiburan Dan Sambutan Tahun Baru

Kuala Terengganu – Kerajaan Negeri Terengganu mengarahkan semua acara dan majlis berbentuk hiburan termasuklah sambutan ambang tahun baru 2015 dibatalkan.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (Pengurusan) Samiun Salleh berkata pembatalan itu adalah berikutan dengan bencana banjir yang melanda hampir keseluruhan negeri.

“Kerajaan negeri sekarang ini memfokuskan kepada keadaan (dan membantu mangsa) banjir yang melanda di daerah-daerah dalam Terengganu.

“Oleh itu kerajaan telah mengarahkan agar segala anjuran berbentuk hiburan termasuklah program sambutan ambang tahun baharu yang kita (kerajaan negeri) telah rancang akan turut dibatalkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Samiun yang juga Pemangku Datuk Bandar Kuala Terengganu berkata tidak wajar sekiranya sebarang acara berbentuk hiburan dianjurkan dalam waktu ketika ramai penduduk ditimpa musibah banjir. – RakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.