Jumlah Mangsa Banjir Johor Naik Mendadak

Kuala Lumpur – Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat secara mendadak kepada 501 orang, pada jam 4 petang tadi, berbanding 214 mangsa yang dilaporkan tengah hari tadi.

Daerah terjejas adalah Johor Bahru, Simpang Renggam, Muar, Kulai Jaya dan Segamat membabitkan 122 keluarga yang ditempatkan di sembilan pusat pemindahan.

Terengganu setakat ini mencatatkan jumlah mangsa paling ramai, iaitu 33,269 orang membabitkan 8,215 keluarga yang ditempatkan di 95 pusat pemindahan.

Ia diikuti Pahang yang mencatatkan 29,296 mangsa daripada 7,727 keluarga yang masih berlindung di 182 pusat pemindahan di negeri itu.

Sementara itu, Kelantan pula merekodkan jumlah mangsa seramai 25,146 orang daripada 7,347 keluarga di 100 pusat pemindahan.

Manakala di Perak, seramai 6,065 mangsa banjir ditempatkan di 49 pusat pemindahan. Jumlah itu membabitkan 1,496 keluarga.

Perlis turut mencatatkan 262 mangsa banjir daripada 79 keluarga di empat pusat pemindahan.

Jumlah mangsa banjir di Kedah dan Selangor masing-masing adalah 28 orang dan sembilan orang, setakat jam 4 petang tadi, seperti yang dikemas kini di portal bencana Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.