Dua Suspek Pecah Rumah Ketika Banjir Diberkas

Kuantan – Polis berjaya menangkap dua suspek pecah rumah di Lorong Tok Sira, Kuantan, kira-kira jam 4.45 pagi tadi.

Suspek ditahan ketika anggota MPV melakukan rondaan, selepas menerima maklumat daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.

Orang awam menghubungi IPD Kuantan, setelah ternampak sebuah kereta mencurigakan di kawasan gelap.

Ketika anggota MPV tiba di tempat kejadian, suspek segera menyalakan lampu kereta, lalu melarikan diri dengan cuba merempuh kereta polis.

Suspek dikejar dengan bantuan anggota MPV lain dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang.

Dengan tertangkapnya kedua-dua suspek lelaki tempatan itu, polis berjaya merampas kereta yang digunakan dan barangan yang disyaki dicuri, iaitu sebuah televisyen dan peralatan pecah rumah.

Siasatan awal mendapati, suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes pecah rumah dan curi motosikal.

Jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan, kes pecah rumah membabitkan mangsa banjir bukan pertama kali berlaku.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dan mengawasi kawasan kejiranan mereka, bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.