Dua Pekerja Petronas Maut Dalam kemalangan

Dungun – Dua kakitangan Petronas maut selepas pacuan empat roda mereka terbabas di Kilometer 5, Jalan Paka-Bandar Al Muktaffi Billah Shah berhampiran Kampung Santong dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Nusuki Mohamed, 45, yang maut di tempat kejadian manakala Rosli Mahmud, 52, dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Dungun.

Seorang lagu mangsa Mat Zian Mat Zin, 48, bagaimanapun hanya mengalami kecederaan di kaki dan dihantar ke Klinik Kesihatan Rantau Petronas.

Mereka dipercayai dalam perjalanan menuju ke tempat kerja mereka di Petronas Gas Santong.

Pemangku Ketua Polis Daerah Dungun, ASP Elias Abu Bakar mengesahkan kemalangan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.