Arsonist Bakar Masjid, Lima Tercedera

Stockholm – Seorang arsonist membakar sebuah masjid di bandar Sweden Eskilstuna dan telah mencederakan lima orang, menurut polis, lapor Reuters.

Kejadian ini berlaku di mana perdebatan sengit berkenaan isu imigresen masih hangat lagi.

Perdebatan imigresen, mahu mengurangkan bilangan pencari suaka yang dibenarkan masuk ke Sweden dengan 90 peratus, bertentangan dengan parti politik utama yang berniat memelihara dasar liberal negara Nordic itu.

Semasa kejadian, seramai 15 orang hingga 20 orang berada di masjid itu, yang terletak di tingkat bawah sebuah bangunan di kawasan perumahan.

Rakaman media tempatan menunjukkan asap dan api merebak dari tingkap.

“Seorang saksi melihat seseorang membuang objek melalui tingkap bangunan itu, kemudian api mula membara” kata jurucakap polis, Lars Franzell.

Lima mangsa yang tercedera telah dibawa ke hospital untuk rawatan.

Tiada suspek ditahan lagi, tambah Franzell.

Perkhidmatan kecemasan di Eskilstuna, dipanggil ke tempat kejadian sejurus selepas kejadian, dan polis menganggapnya sebagai perbuatan khianat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.