Bawa Masuk Abu Mayat Komunis Chin Peng Tanda Tak Ambil Berat Kemarahan Rakyat – Najib

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak bersetuju kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah membenarkan abu mayat mendiang bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dibawa pulang ke Perak pada 16 September lalu.

Perkara ini telah dikongsikan oleh bekas Presiden UMNO itu di laman rasmi Facebooknya yang menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Najib melalui statusnya memberitahu “Sebuah kerajaan yang bertanggungjawab patut selalu menjaga keamanan dan keharmonian negara. Keputusan kerajaan BN dahulu tidak membenarkan abu Chin Peng untuk dibawa balik tentu ada sebabnya.

“Kita tahu ramai Rakyat Malaysia yang sangat ambil berat serta marah dengan isu ini. Sebab itu, kita tidak membenarkan pada masa itu.

“Memandangkan sentimen perkauman pasca PRU14 sudah tinggi, kenapa kerajaan PH masih tegas untuk membakar lagi keadaan dengan mengambil langkah-langkah yang kontroversial?,”tulisnya.

Dalam pada itu, Najib terkilan dan pelik dengan tindakan kerajaan yang boleh membenarkan abu musuh negara itu di bawa pulang ke Malaysia tanpa pengetahuan rakyat walaupun Chin Peng dilahirkan di Perak.

“Kenapa kerajaan PH terdesak sangat untuk abu Chin Peng dibenarkan untuk dipulangkan pada masa ini secara senyap-senyap? Adakah langkah ini boleh memulihkan ekonomi negara yang semakin merosot?

“Siapakah dalam kerajaan PH yang meluluskan? Kerajaan PH buat tugu wira askar Jepun tahun lalu, ramai dah marah. Tahun ini, korang sengaja buat lagi? Untuk apa?,”katanya.

Najib yang baharu sahaja memuat naik status tersebut kira-kira jam 4 petang tadi kini tular di media sosial yang meraih 9,800 tanda marah, 1,100 rakyat berkongsi perkara itu dan rata-rata netizen mengutuk tindakan yang telah dilakukan oleh kerajaan.

Rata-rata di antara mereka juga tidak bersetuju dan mengharapkan agar kerajaan memberi penjelasan kepada rakyat mengenai perkara ini.

“LKS (Lim Kit Siang) kan anak buah Chin Peng, 16 September Hari Malaysia bermaksud kita meraikan abu kepulangan Chin Peng semasa kita bergembira semasa Hari Malaysia, kalau PH yang Melayu tak nampak apa yang Cina komunis ini buat, baik jadi komunis la jawapan dia,” tulis Rosmalizainiey Jusoh di Facebook.

Fizi Azly De Gea pula menulis “Membuat upacara di banjaran titiwangsa seolah-olah satu hinaan pada bekas tentera polis sedangkan kita semua tahu di situ (banjaran titiwangsa) anggota keselamatan putus kaki tangan, terkorban..menabur abu di belantara hutan satu hinaan pada Malaysia dan pihak keselamatan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!