Anak Perempuan Pelawak Ali Puteh Meninggal Dunia

Selepas tiga bulan bertarung nyawa akibat masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang, anak kedua kepada pelawak Ali Puteh iaitu Sharifah Nur Ainul Mardhiah disahkan meninggal dunia pada Selasa.

Berita sedih itu dikongsikan Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan menerusi Instagram.

“Salam semua… nak beritahu kepada semua anak saya Sharifah Nur Ainul Mardhiah dah kembali kepada penciptaNya.

“Sedekah Al-Fatihah buat anak syurga ini.

“Tunggu walid dan ibu di sana… tidurlah sayang. Rehatlah sayang. Syurga tempat kamu sayang! Allahuakbar,” tulisnya.

Terdahulu, Ali berkata anaknya itu mengalami masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang sejak dilahirkan pada 6 Ogos lalu.

Bayi itu kemudiannya menjalani pembedahan berikutan masalah injap jantung terbalik pada 11 November lalu.

Bagaimanapun arwah dikhabarkan mengalami komplikasi pada paru-paru selepas selesai pembedahan.

Sementara itu, netizen termasuk rakan-rakan artis seperti Amyza Adnan, Rody Kristal, Shiha Zikir dan ramai lagi menzahirkan rasa sedih dengan ucapan takziah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!