VIDEO: Suasana Kecoh Di Kuil USJ, Orang Ramai Mahu ‘Bantai’ Suspek

SUBANG JAYA – Suasana kecoh sehingga hampir tercetus rusuhan di perkarangan kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights tengah hari tadi apabila orang ramai cuba menghalang kenderaan polis yang mahu membawa keluar seorang suspek kejadian membakar kenderaan di kuil itu.

Suspek yang berdarah pada bahagian muka dibawa oleh polis sambil dikerumuni orang ramai yang berada di kawasan tersebut sejak awal pagi.

Orang ramai yang berada di situ seakan-akan mahu ‘membantai’ suspek dan menghalang polis membawanya keluar dari kawasan itu namun keadaan dapat dikawal apabila pasukan FRU bergegas memastikan suasana terkawal.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.