VIDEO: ICERD: Kalau Berani Cuba, Aku Sanggup Mati Demi Islam, Kata Pendakwah Bebas

SHAH ALAM – Seorang penceramah agama memberi amaran kepada pihak yang bersungguh-sungguh mahu tkerajaan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) agar bersedia dengan kebangkitan umat Islam di negara ini.

Ustaz Wan Hizam Abdullah berkata, beliau sendiri akan menentang puak-puak yang cuba membangkitkan perkara yang menyentuh kepentingan agama Islam.

“Siapa berani buat, hang (kamu) bersedialah terima risiko. Aku akan mati kerana Tuhan-ku.

“Bakar sikit saja, satu Malaysia terbakar nanti. Jangan cari pasal. Nak cari pasal biar benda lain, yang ini, jangan!

“Nak tengok jadi macam mana, cubalah. Anda fikir anda besar, ada otak yang baik, cubalah. Dan kita lihat nanti,” katanya.

Wan Hizam menjelaskan, hal beragama jelas dinyatakan di dalam Al-Quran menerusi surah Al-Kafirun, yang menjelaskan perbezaan tatacara beragama antara umat Islam dan bukan Islam.

“Allah dah sebut dalam Al-Quran, dalam surah Al-Kafirun. ‘Aku tak sembah apa yang kamu sembah, kamu tak sembah apa yang aku sembah, kamu agama kamu, aku agama aku’. Tiba-tiba nak buat ICERD, nak sama rata. Mana boleh.

“Orang Islam takkan nganga saja. Kamu jolok sahaja, aku pergi (bangkit),” katanya lagi.

ICERD merupakan salah satu Konvensyen Hak Asasi PBB, dan ia dibantah kerana dikhuatiri hanya menjamin kesamarataan yang akan menggugat keistimewaan orang Melayu dan kedudukan Islam.

Berikutan bantahan dan kritikan pelbagai pihak, kerajaan menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri pada Jumaat lalu berkata ia tidak akan meratifikasi ICERD.

“Kerajaan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan di mana di dalamnya termaktub kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh wakil semua kaum semasa pembentukan negara ini,” demikian menurut kenyataan tersebut. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.