634 Cedera Akibat Gempa Bumi

TEHRAN – Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud yang melanda wilayah Kermanshah di barat Iran pada Ahad mencederakan sekurang-kurangnya 634 orang, demikian menurut agensi berita Tasnim.

Presiden Universiti Sains Perubatan di wilayah itu, Mahamoud Reza berkata setakat ini tiada kematian dilaporkan.

Menurut Pusat Seismologi Iran, gempa berpusat di bandar Sar Pol Zahab di wilayah Kermanshah, pada kedalaman 7km, 34.38 darjah utara dan 45.70 darjah timur.

Agensi berita Xinhua melaporkan, Syarikat Gas Negara Iran dalam satu kenyataan mengatakan berlaku saluran paip gas pecah di bandar Sar Pol Zahab dan Gasr-e Shirin.

Sementara itu, Timbalan Gabenor Wilayah Kermanshah, Mehrdad Salari mengatakan kualiti air minuman di 146 kampung di rantau itu turut terjejas.

Semua sekolah dan universiti di wilayah Kermanshah juga terpaksa ditutup pada Isnin.

Sekurang-kurangnya 161 gempa susulan berukuran antara 2.4 hingga 5.2 magnitud dilaporkan melanda wilayah itu setakat ini.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.