Video Tular Presiden Afrika Selatan Tersasul Palsu

Rakaman video aksi Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma tersasul menyebut ‘in the bening-ging’ (in the beginning) dipercayai palsu.

Dalam rakaman itu, Zuma dipaparkan tersasul menyebut ayat berkenaan beberapa kali dan masih gagal menyebutnya dengan betul sehingga akhir video.

Memetik Sinar, pergerakan bibir Zuma dengan audio tidak selaras dan dipercayai diubah suai menggunakan teknik ‘dubbing’ suara oleh pihak ketiga.

Video asal Zuma dirakam mengalami kesukaran menyebut perkataan bahasa Inggeris, tetapi tidak tersasul malah ayat digunakan beliau jauh berbeza.

Berikut adalah pautan video bersama rakaman palsu yang tular

Berikut adalah rakaman yang dipercayai menyiarkan audio yang sebenar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.