Video: Nenek 93 Tahun Diancam Potong Telinga, Dilap Wajahnya Guna Kain Kotor, Dipukul Dan Diseksa Oleh Jururawat Yang Menjaganya

Rakaman CCTV ini menjadi bukti kekejaman yang dilakukan Luo Xiaomei, iaitu seorang jururawat yang menganiaya Zhu Yindi, pesakit tua yang menderita Alzheimer di rumahnya di China.

Nenek yang berusia 93 tahun itu ketakutan ketika dipindahkan secara paksa ke biliknya oleh jururawat yang mengancamnya dengan sebilah pisau daging.

Luo mengancam akan memotong telinga wanita tua itu menggunakan pisau.

“Saya akan memotong telingamu satu per satu,” ancam jururawat itu seperti dilaporkan dari Mirror.

Bukan hanya sekali, wanita tua tersebut dilaporkan diancam pisau lebih dari satu kali.

Petikan video selanjutnya menujukkan keduanya saling menolak satu sama lain di dapur.

Tak berhenti di situ, adegan yang lebih menjijikkan dan di luar batas terlihat di petikan selanjutnya.

Luo kelihatan memaksa pesakitnya untuk mencium baldi penuh kekotoran.

Rakaman menunjukkan, Luo mengelap wajah Zhu menggunakan kain kotor dan memaksanya menarik nafas.

Peristiwa itu terbongkar ketika anak perempuan Yin memutuskan untuk memasang kamera CCTV di rumahnya.

Betapa terkejutnya dia mendapati ibunya diperlakukan dengan kejam. Jururawat keji itu dilihat menjerit dan memukul ibunya sejak menjaganya.

Luo mengatakan kepada anak perempuan Yin bahawa dia tidak perlu risau akan keadaan ibunya, kerana dia mengaku berpengalaman merawat ibunya yang memiliki keadaan serupa.

Anak perempuan Yin mengatakan ibunya dibawa ke hospital keesokan harinya kerana menderita luka di tisu lembutnya.

Setelah dirawat selama 10 hari, ibunya itu menghembuskan nafas terakhir.  Laporan menunjukkan Yindi menderita luka lebam di tubuhnya.

Jururawat itu pun disabit atas tuduhan penganiayaan dan telah ditahan selama 10 hari hingga tarikh hukuman ditentukan.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.