Trump Disifatkan ‘Perasan’

WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT. Presiden Amerika Syarikat (AS) disifatkan sebagai ‘perasan’ kerana menolak permohonan Time untuk dijadikan Person of the Year majalah itu.

Semalam di Twitter, Donald Trump mengatakan beliau menolak permohonan itu yang disifatkannya ‘tidak bagus’.

“Saya (hanya) bersetuju untuk satu temuramah dan sesi foto. Saya kata mungkin tak bagus dan menolak. Terima kasih sahajalah!,” kata Trump, petik Sinar.

Majalah Time kemudiannya memberikan maklum balasnya menerusi Twitter

“Presiden silap tentang cara kami pilih Person of the Year. Time tidak akan memberikan komen mengenai pilihan kami sehinggalah diterbitkan, iaitu pada 6 Disember nanti,” kata Time di akaun @TIME

Susulan itu, ratusan ribu pengguna laman mikro, Twitter mentertawakan dan mencemuh Trump.

Segelintir mereka dakwa pemimpin tersebut ‘perasan’, memalukan, penipu dan berkhayal.

“Omg Donald Trump anda mesti sangat malu sekarang,” kata @LeslieSimone_.

“DOnny (Donald) menipu lagi?” kata @Milt1959.

“Presiden sedang berkhayal,” tweet oleh @TrunVinyl.

“Mestilah apa yang dikatan Trump tidak benar. Dia (suka) menipu),” kata @SusanRobinso.

Tweet oleh Time mendapat lebih 130,000 ‘Likes’ dan hampir 60,000 ‘retweet’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.