Tak Tahu Malu, Pasangan Ini Dirakam Kamera Melakukan Perkara Yang Menjijikkan

Singapura digemparkan dengan satu video tular berdurasi 13 saat yang memaparkan sepasang lelaki dan wanita yang telah mencampakkan dua buah basikal oBike ke dalam longkang tanpa sebarang sebab yang munasabah.

oBike merupakan perkhidmatan menyewa basikal secara atas talian menerusi aplikasi. Dengan caj sebanyak RM0.50 untuk tempoh sewaan 30 minit, pengguna boleh menggunakan basikal berkenaan untuk ke mana sahaja.

Namun, tindakan dua individu tidak bertanggungjawab berkenaan benar-benar mengejutkan orang ramai memandangkan mereka tiada motif untuk membuang basikal yang masih berfungsi itu.

Menurut Mothership, kejadian ini dipercayai berlaku di sekitar kawasan Jalan Lower Delta, Singapura. Selepas kedua-dua mereka mencampakkan basikal berkenaan ke dalam longkang, mereka terus berjalan pergi tanpa sebarang rasa kesal atas tindakan tersebut.

Namun, tanpa mereka sedari, peristiwa tersebut telah dirakamkan oleh seseorang yang kemudiannya memuatnaik video berkenaan di media sosial.

Dalam masa yang singkat, video pendek berkenaan menjadi tular dan mencetuskan pelbagai reaksi marah dan cemuhan daripada netizen.

Seorang pengguna Facebook berkata, “Melihat mereka memusnahkan harta benda orang lain seperti itu adalah sangat menjengkelkan. Saya masih tidak faham mengapa mereka lakukannya”.  video ini tular  dan telah mendapat perkongsian sehingga melebihi 14,000 kali!

Pengasas bersama oBike iaitu Edward Chen telah mengeluarkan kenyataan menerusi Mothership dan menyatakan bahawa:

oBike sedar tentang video yang sedang menular dan mengesahkan bahawa basikal di dalam video berkenaan adalah milik syarikat kami”.

“Video ini adalah bukti yang menunjukkan penjenayah berkenaan telah merosakkan basikal kami dan kami sangat mengecam tingkah laku mereka”.

“Pasukan operasi kami sedang bekerjasama dengan pihak polis untuk mengenal pasti identiti mereka yang bertanggungjawab”.

Polis Singapura turut mengesahkan mengenai laporan yang diterima dan akan menjalankan siasatan. Diharap pasukan polis dapat memberkas kedua-dua individu ini memandangkan kita semua ingin tahu motif di sebalik kelakuan tidak bertanggungjawab mereka itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.