Sempadan Genting Gaza-Mesir Terus Ditutup

GENTING GAZA – PALESTIN. Sempadan Genting Gaza dengan Mesir yang dijadual dibuka semula selama tiga hari bermula semalam, terus ditutup sehingga notis selanjutnya berikutan serangan berdarah di Sinai.

“Pihak Mesir memberitahu kami bahawa Rafah tidak akan dibuka semula semalam (kelmarin) kerana tragedi berdarah yang menimpa Sinai Utara,” menurut pegawai kerajaan di Gaza, lapor Sinar.

Sejak ditutup Ogos lalu, pembukaan semula sempadan buat pertama kali akan membenarkan pesakit, pelajar dan orang yang terkandas untuk meninggalkan kawasan Palestin.

Keputusan itu juga dibuat selepas pemindahan kawalan lintasan sempadan Gaza dari gerakan Hamas kepada Pihak Berkuasa Palestin pada 1 November lalu.

Pemindahan kawalan lintasan sempadan adalah ujian pertama untuk perjanjian damai yang dicapai di Kaherah pada 12 Oktober, selepas beberapa percubaan terdahulu antara Hamas dan Fatah selama 10 tahun gagal. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.