Pembedahan pemindahan kulit Selamatkan Nyawa Lelaki

PARIS- Pembedahan pemindahan kulit menyelamatkan nyawa seorang lelaki yang hampir meninggal dunia selepas 95 peratus tubuhnya terbakar, kata doktor Perancis semalam.

Kulit berkenaan diambil daripada kembar seirasnya dalam prosedur pertama seumpama itu di dunia.

Disambar api ketika mengendalikan bahan kimia di tempat kerja, Franck Dufourmantelle, 33, menerima sumbangan tengkorak, bahagian belakang dan paha daripada saudara kembarnya, Eric.

“Saya mempunyai tatu seperti lukisan di tangan saya. Namun satu-satunya yang tinggal adalah perkataan ‘hidup’ dalam bahasa Inggeris,” katanya dalam temubual menerusi telefon dengan AFP.

Proses pemindahan daripada kembar seiras secara genetik menghapuskan risiko badan penerima menolak kulit atau organ yang didermakan.

Kemalangan yang menimpa Dufourmantelle berlaku pada September 2016 di utara Perancis.

Beliau menjalani 12 pembedahan, disusuli dengan berbulan-bulan berada di hospital dan pemulihan fizikal.

Doktor tidak membincangkan kes itu secara terbuka sehingga kini.

Dufourmantelle kini tinggal bersama pasangannya, dan masih menerima terapi intensif.

Beliau sudah boleh berjalan semula dan masih dalam proses pemulihan menggunakan tangannya.

Hampir separuh daripada kulit Eric diambil, dan dibesarkan dalam mesin supaya dapat menampung bahagian lebih besar, kata ketua bedah. – AFP

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.