Lee Chong Wei Menang Terbuka Hong Kong

Berita gembira…jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei berjaya menewaskan pemain utama China, Chen Long dalam pelawanan akhir Kejohanan Siri Super Terbuka Hong Kong, sebentar tadi.

Chong Wei menang dengan straight set 21-14, 21-19 mengalahkan Chen Long, sekali gus merangkul kejuaraan buat kali kelima.

Beliau pernah menjuarai Terbuka Hong Kong pada 2009, 2010, 2013 dan 2015.

Chong Wei pada separuh akhir telah menundukkan pencabarnya Shi Yuqi dari China juga dengan straight set 21-19 dan 21-8.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.