Jururawat Ini Bunuh 100 Orang Ketika Bekerja Di Hospital , Begini Nasibnya Sekarang

Niels Hoegel yang berusia 40 tahun telah dihukum penjara seumur hidup kerana membunuh dua pesakit dengan ubat untuk sakit jantung.

Dipetik dari Mirror, Hoegel juga telah membunuh 100 orang dengan cara memberikan lebihan dos pada ubat yang dimakan hingga menyebabkan mereka overdos

Hoegel yang juga  bekerja sebagai jururawat dikatakan membunuh mereka ketika bekerja di dua hospital yang berbeza di Jerman.

iIa sengaja membuat pesakit overdos dengan tujuan untuk menunjukan kepada teman sekerjanya dengan kemampuannya.

Hoegel memberikan ubat pada pesakitnya dan mencuba menyelamatkan mereka. Namun, percubaan Hoegel ini gagal.

Penguam menjelaskan 38 pesakit telah dibunuh Hoegel ketika dia bekerja di hospital di Oldenburg, Jerman. Manakala 62 orang pula dibunuh ketika dia bekerja di hospital di Delmenhorst.

Kejadian ini dilakukan Hoegel pada tahun 1999 hingga 2005. Hoegel pertama kali ditangkap atas kes percubaan pembunuhan.

Rakan sekerjanya tidak sengaja menangkap Hoegel ketika dia sedang memberikan ubat pada pesakit.

Penyelidik melakukan penggalian terhadap 100 kuburan untuk menguji kemungkinan pengubatan yang diberikan Hoegel.

Tapi, beberapa mayat sudah reput hingga tidak mungkin untuk dilakukan bedah siasat. Keadaan ini membuatkan keluarga pesakit yang menjadi mangsa semakin ingin tahu.

Jika Hoegel terbukti bersalah, maka dia akan menjadi pembunuh berantai paling kejam di Jerman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.