Gadis Maut Selepas Rakam Swafoto Tepi Tingkap

LONDON – Seorang gadis warga New Zealand maut selepas terjatuh dari tingkat dua ketika merakam gambar swafoto di tepi tingkap di sebuah bangunan di sini baru-baru ini.

Toni Kelly disifatkan seorang gadis yang sentiasa girang dan cantik itu terpaksa bergantung kepada mesin sokongan hayat selama beberapa hari sebelum disahkan meninggal dunia kerana mengalami kecederaan teruk pada bahagian otak.

“Saya cuma teringat senyumannya. Dia seorang gadis cantik dan dia akan sentiasa diingati terutamanya senyumannya,” kata seorang rakannya yang enggan dikenali, lapor Kosmo.

Beberapa rakannya difahamkan bahawa Kelly terjatuh dari tingkat dua ketika cuba merakam gambar swafoto di tepi tingkap.

Mereka kini menubuhkan satu laman web, Givealittle bagi mengumpul wang untuk membiayai perbelanjaan penghantaran mayat Kelly ke negara asalnya di New Zealand.

Halaman berkenaan berjaya mengumpul wang sebanyak AS$31,400 (RM129,340) setakat Rabu lalu. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.