Budak Terjun Bangunan, Merajuk Ditegur

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun maut selepas terjun dari tingkat sembilan Blok E Apartment Greenfield Regancy, Tampoi, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 2.30 petang sebelum bergegas ke lokasi berkenaan.

Menurutnya, kanak-kanak itu terjun dari tingkap rumahnya selepas dimarahi ibunya.

“Siasatan awal mendapati, kejadian dipercayai berlaku selepas mangsa yang merajuk dan mengurung diri di dalam bilik akibat ditegur ibunya kerana buat bising di rumah.

“Bagaimanapun, ibunya tidak menyangka tindakannya itu menyebabkan anaknya nekad terjun dari tingkap rumah,” katanya, lapor Sinar.

Mohd Taib berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut akan dijalankan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.