Juruterbang Mogok, 2,618 Penerbangan Batal

BERLIN, JERMAN – Beribu-ribu penerbangan terpaksa dibatalkan selepas juruterbang Lufthansa Group mogok.

 

 

Laporan CNN Money mengatakan mogok yang bermula tiga hari lepas berkenaan menyebabkan 315,000 penumpang terkandas.

 

 

Lebih banyak penerbangan dijangka dibatalkan jika mogok gagal berakhir Sabtu nanti.

 

 

Mogok beramai-ramai oleh juruterbang Lufthansa dikatakan berpunca dengan kegagalan pihak bertanggungjawab menaikkan gaji selepas lebih lima tahun berkhidmat.

 

 

Akibatnya, juruterbang meminta gaji mereka dinaikkan sebanyak 3.7 peratus secara tahunan.

 

 

Untuk mengukuhkan lagi tujuan mereka, para juruterbang mengemukakan bukti bahawa syarikat telah memperoleh keuntungan dan hanya menaikkan gaji para esekutif sehingga 30 peratus.

 

 

Kejadian serupa berlaku tahun lepas apabila kakitangan penerbangan mogok dan menyebabkan 4,700 penerbangan dibatalkan dalam tempoh tujuh hari.-SH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.