Selebriti Chef, Nik Michael Sah Bergelar Suami

Chef selebriti, yang merupakan bekas peserta Masterchef Malaysia musim pertama, Nik Michael Imran telah selamat bernikah dengan pasangannya, Siti Nadiah Shahril.

 

Nik Michael dan Siti Nadiah sah bergelar suami isteri sekitar jam 9 malam Isnin di kediaman keluarga pengantin perempuan di Mines, Sri Kembangan.

 

Bagaimanapun, Nik Michael tidak mengundang pihak media ke majlis pernikahan malam tadi dan persandingannya pada hujung minggu ini.

 

“Memang saya tak jemput media kerana majlis yang diadakan malam Isnin bersifat intim, peribadi dan sangat kecil.

 

“Teman Chef saya pun ada yang tak dapat undangan. Saya ada juga menjemput rakan media tetapi atas kapasiti kawan, bukannya bekerja,”

katanya yang turut berterima kasih kepada yang mendoakan kebahagiaan mereka berdua, lapor BH.

 

Pasangan pengantin baru ini kini berada di Pulau Langkawi untuk berbulan madu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.