VIDEO: PPPM Kecewa Niat Ikhlas Membantu Masyarakat Tapi Dilayan Seperti Penjenayah

Kuala Lumpur – Presiden Kebangsaan Persatuan Perlindungan Penguna Malaysia (PPPM), Datuk Mohd Firdaus Abdullah melahirkan rasa kesal terhadap pihak berkuasa yang gagal memberikan sebarang teguran dan nasihat sehingga menyebabkan masyarakat memandang serong terhadap penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) itu.

Menurut Firdaus sepatutnyan isu ini tidak timbul kerana NGO tersebut bukan baharu ditubuhkan dan antara matlamat penubuhannya adalah untuk melindunggi hak-hak pengguna yang teraniya di negara ini dan isu yang dibangkitkan hanya melibatkan sebuah biro dibawah PPPM.

“Kita telah ditubuh sejak 2002 sehingga sekarang dan antara objektif persatuan adalah mengenai hak-hak penguna dan isu yang dibangkitkan merujuk kepada Biro Briged PPPM yang ditubuhkan untuk memberikan bantuan kecemasan.

“Kami turut menyediakan bot penyelamat, ambulans selain turut bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara bagi membimbingkan kami untuk membantu masyarakat” katanya ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi.

Firdaus turut menjelaskan selain MKN, pihak PPPM turut bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta menafikan ada dikalangan ahli PPPM yang terlibat dengan jenayah dan atau salah guna kuasa seperti yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak.

“Sejak isu ini dibangkitkan, saya dan beberapa orang ahli PPPM telah berkali-kali dipanggil ke balai polis, Petaling Jaya untuk disiasat.

“Saya turut dipanggil oleh Pendaftar Penubuhan Malaysia di Pahang dan Putrajaya namun sehingga kini tiada sebarang keputusan terhadap siasatan yang dijalankan ” katanya lagi.

Menurut Firdaus, sejak isu ini digembar-gemburkan pihaknya amat tertekan ekoran tangapan buruk masyarakat sedangkan NGO tersebut hanya mahu memberikan khidmat sukarela kepada masyarakat.

“Niat baik kami telah disalah ertikan, sedangkan pihak-pihak berwajib sepatutnya menegur kami terlebih dahulu sekiranya ada berlaku sebarang pelanggaran akta penubuhan kerana sejak sekian lama, PPPM telah menjalinkan kerjasama yang baik dengan semua agensi kerajaan.

“Malah sehingga kini tiada sebarang keputusan terhadap siasatan yang dijalankan” ujarnya kecewa kerana dilayan seperti penjenayah.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dalam satu kenyataan sebelum in berkata akan menyiasat PPPM berhubung dakwaan penggunaan uniform menyerupai Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh anggota Briged Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM).

Ketua Pengarahnya, Mohammad Razin Abdullah berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan selaras dengan peruntukan yang disediakan.

“Sekiranya terdapat bukti cukup, JPPM tidak teragak-agak mengambil tindakan selaras peruntukan di bawah Akta Pertubuhan 1966, termasuk membatalkan pendaftaran pertubuhan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan sebelum ini.

Katanya, berdasarkan rekod, persatuan itu adalah pertubuhan induk bercawangan yang berdaftar dengan JPPM, pada 13 Februari 2003, dengan No. pendaftaran PPM-018-06-13022003 beralamat di No. 3, Lorong Kurnia Jaya 1, Taman Kurnia Jaya, 25150 Kuantan, Pahang.

Mohammad Razin berkata, PPPM adalah pertubuhan bertaraf kebangsaan yang bermatlamat mendapat perlindungan kesihatan dan keselamatan pengguna, menjaga dan memelihara alam sekitar serta memberi kesedaran tentang keselamatan jalan raya.

Tambahnya, matlamat PPPM juga untuk memelihara kemudahan awam yang disediakan kerajaan, merapatkan perpaduan sesama kaum tanpa mengira agama dan bangsa, serta bersama-sama berusaha melindungi pengguna daripada perkara curang, terpedaya atau menerima maklumat mengelirukan.

Justeru, mana-mana anggota PPPM atau pertubuhan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335), tidak dibenarkan sama sekali memakai pakaian seragam dan memberi pangkat menyerupai anggota atau pegawai penguat kuasa yang dilantik dan diwartakan di bawah Warta Kerajaan.

Namun menurut Firdaus, PPPM tidak pernah berniat untuk menyerupai pihak polis atau mengelirukan masyarakat seperti yang di dakwa sebelum ini.

“Sebenarnya kami tidak menyerupai polis, kerana pakaian seragam yang digunakan berwarna hitam, dan ia hanya bertujuan untuk mendisiplinkan para ahli selain serta membolehkan mereka memahami tugas dan tanggungjawab.

“Manakala isu pengunaan pangkat pula bertujuan untuk membeza tahap pengetahuan ahli dalam isu menyelamat dan saya ingin tegaskan sekali lagi, kami tidak berniat untuk menjadi penguatkuasa seperti polis kerana niat kami ikhlas untuk membantu orang ramai.

“Tapi apapun keputusan yang dibuat oleh pihak PDRM dan Jabatan Pendaftar Penubuhan kami akan terima” ujarnya kepada SuaraTV.

Menurut Firdaus, PPPM turut mempunyai 80 cawangan berdaftar di seluruh negara dan masih terdapat 100 cawangan baru yang sedang dalam proses pendaftaran dengan anggaran keahlian seramai 100 ribu orang.

 

Baca: Polis Siasat Briged PPPM

Baca: Video: Wakil PPPM Lari, Enggan Jawab Isu Penubuhan

Baca: Pendaftar Pertubuhan Siasat Dakwaan PPPM Guna Uniform Menyerupai PDRM

Baca: PPPM Tidak Dibenarkan Pakai Uniform Menyerupai Penguatkuasa

Baca: Saya mewakili pihak Datuk Seri Shahidan Kassim – MP Setiawangsa

One thought on “VIDEO: PPPM Kecewa Niat Ikhlas Membantu Masyarakat Tapi Dilayan Seperti Penjenayah

  • November 26, 2014 at 11:29 am
    Permalink

    persatuan ni dah ditubuhkan lama…tapi biro briged tu baru saja dilancarkan pada bulan JUN @ JULAI tahun ini(2014)…..biro briged cuma salah satu biro dibawah persatuan perlindungan pengguna malaysia(PPPM)… Masyarakat dah salah paham dengan menyatakan persatuan ni briged…padahal persatuan ni ada biro briged…..biro didalam persatuan….harap tiada lagi salah faham dari mana-mana pihak…terima kasih.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.