#PAU2014: Shila Amzah Terima Anugerah Ikon Wanita Muda 2014

KUALA LUMPUR – Penyanyi yang semakin terkenal di peringkat antarabangsa, Shila Amzah diiktiraf sebagai Ikon Wanita Muda 2014 dalam persidangan sayap Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Penganugerahan tersebut diberikan kepada artis wanita itu atas kejayaan demi kejayaan yang diterima oleh Shila Amzah dari dalam dan luar negara.

Untuk itu, Shila Amzah melahirkan rasa terharu atas anugerah yang diterimanya dan akan meneruskan sokongan kepada pucuk pimpinan UMNO hingga masa hadapan.

“Ribuan terima kasih kepada UMNO dan juga kepimpinan parti Malaysia ini kerana memberikan anugerah kepada saya.

“Untuk itu, saya ucapkan selamat bersidang dan harapan saya agar belia UMNO juga puteri UMNO di luar sana untuk terus menyokong kepimpinan UMNO seperti yang saya lakukan,” kata Shila yang menitipkan ucapannya menerusi video yang ditayangkan dalam dewan persidangan Puteri UMNO.

Bapa Shila Amzah, ND Lala mewakili anaknya menerima anugerah tersebut.

 

*Sumber gambar: Utusan Online

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.