BlackBerry Tawar Wang Tunai Kepada Pengguna iPhone

Montreal – BlackBerry mahu menarik pelanggan Apple dengan menawarkan wang tunai dengan pertukaran, atau trade-in, telefon iPhone mereka dengan BlackBerry Passsport.

Promosi ini dilancarkan pada Isnin dan pertukaran boleh dilakukan bermula bulan depan sehingga 13 Februari di Kanada dan Amerika Syarikat.

Pelanggan yang menukarkan iPhone mereka boleh menerima wang tunai sehingga $400 (RM1336) bergantung kepada model dan keadaan. Mereka juga akan menerima $150 (RM501) sebagai kad hadiah (gift card).

Ini merupakan kali pertama bahawa BlackBerry bersaing rapat dengan Apple sejak firma Kanada itu melancarkan pelan pemulihan tahun lepas.

BlackBerry Passport dilancarkan pada bulan September. Telefon berkenaan memiliki skrin sentuh persegi yang lebih besar serta papan kekunci sentuh QWERTY.

Syarikat itu berkata peranti itu disasarkan kepada profesional perniagaan yang mementingkan produktiviti, yang mahukan telefon pintar yang memberi kuasa kepada mereka bersama perkakasan mudah alih yang diperlukan untuk menjalankan kerja, tanpa mengetepikan gaya dan mudah dibawa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.