VIDEO: Tok Pa Sertai PPBM

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) malam ini.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi parti itu Tun Dr Mahathir Mohamad ketika sidang media di ibu pejabat PPBM

Jelas Tok Pa keputusannya itu dibuat demi memberi manfaat kepada pengundinya di Jeli khususnya dan Kelantan umumnya.

“Setelah meneliti perkembangan politik semasa saya mengambil keputusan menhertai PPBM. Keputusan saya memilih wadah politik ini diambil kerana saya percaya ia memberi peluang memainkan peranan lebih berkesanan pengundi saya di Jeli, Kelantan secara keseluruhannya dan di luar Parlimen,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang keahlian kepada Tun M sebentar tadi.

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu juga menyokong dengan langkah yang diambil oleh Tun M untuk mengukuhkan kedudukan kewangan negara.

“Saya menyokong usaha Tn Mahathir utk memberi penekanan terhadap intergriti dan ketelusan dalam menunjukkan tadbir urus yang baik dalam kerajaan dan juga menyokong langkah-langkah yang sedang diambil Tun dan kerajaan Malaysia untuk mengukuhkaan kedudukan kewangan kita pada masa ini.

“Usaha-usaha ini pada pendapat saya amat pentng sekali bagi meletakkan asas yang kukuh dalam memastikan ekonomi negara kita dibangunkan seacara lestari,” tambahnya.
Ahli Parlimen Jeli, itu pada 18 September mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli UMNO.

Katanya, keputusan itu dibuatnya setelah melihat usaha-usaha bagi memulihkan kepercayaan dan imej parti yang disertainya sejak 40 tahun itu semakin sukar.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.