“Tahan Saya Dan Kita Lawan Ikut Undang-undang”

SHAH ALAM – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Jasin, Dr Muhamad Akmal Saleh mengalu-alukan sebarang siasatan oleh Majlis Perbandaran daerah itu ke atasnya.

Akmal turut mencabar Majlis Perbandaran Jasin untuk menahannya jika tindakan sekumpulan lelaki memakai baju merah dengan tulisan ‘Aku YB Ke Kau YB’ dianggap satu kesalahan. 

“Jika dengan hanya berbaju merah dan tulisan ini dianggap satu bentuk kesalahan, sila tahan saya dan kita akan lawan ikut undang-undang yang sebenar,”katanya di Facebook.

 

Tulisan pada baju yang dipakai sekumpulan lelaki itu dikatakan ditujukan terhadap ADUN DAP Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee yang bersikap biadap terhadap penduduk kampung berhubung isu penutupan jalan pintas, beberapa minggu lalu.

Ayat ‘Aku YB Ke Kau YB’ itu merupakan ayat yang dituturkan Norhizam ketika bertengkar dengan penduduk kampung ketika itu.

“Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. 

“Kalau takut dan koyak kena troll, jangan jadi pemimpin,” sindir Akmal. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.