Penyanyi Sinead O’Connor Umum Peluk Islam

PENYANYI dari Ireland, Sinead O’Connor meninggalkan agama Kristian dan kini memeluk agama Islam.

O’Connor mendedahkan keputusan itu menerusi laman Twitter @MagdaDavit77, akaun tidak rasmi miliknya setelah kisah itu mula bertebaran dalam beberapa portal berita.

Penyanyi yang berusia 51 tahun itu turut mendedahkan nama Islamnya, Shuhada Davitt.

Pada tahun lalu, dia secara sah menukar namanya kepada Magda Davitt, lapor Independent of Ireland.

“Ini adalah pengumuman yang saya bangga menjadi seorang Muslim sekarang.

“Ini adalah keputusan saya sendiri. Semua kitab yang saya baca membawa kepada Islam,” tulisnya.

Dia sebelum ini pernah menjalani rawatan mental di Amerika Syarikat (AS) bersama Dr Phil.

Menerusi laman Twitter, O’Connor turut memuat naik foto dia mengenakan hijab.

Malah, dia turut berkongsi video dirinya yang sedang melaungkan azan.

O’Connor mula mencipta nama dalam bidang muzik sekitar 1980-an.

Dilahirkan pada 8 Disember 1966, dia popular menerusi lagu seperti Nothing Compares 2 U, Troy, This Is a Rebel Song dan Fire of Babylon.

Dia juga merangkul pelbagai anugerah seperti Anugerah Muzik Billboard, Anugerah Grammy dan Anugerah Muzik Video MTV. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.