‘Mungkin Satu Hari Nanti Kita Berada Di Pihak Yang Sama’ Kata Kj Pada Rafizi

Oleh: Naimah Shaari

 

KUALA LUMPUR – Mengimbau kenangan menerusi sekeping gambar yang dimuat naik di laman Instagram oleh Naib Presiden dan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mengundang komen positif dari Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (KJ).

Rafizi telah memuat naik gambar lama sewaktu menghadiri satu majlis debat di London yang turut disertai oleh KJ.

Rafizi turut meletakkan status kenangan manis bersama KJ ketika itu dan menyatakan sudah banyak perubahan telah berlaku memandangkan dirinya dan KJ sudah tidak lagi berada dalam kepimpinan tertinggi politik negara ini.

“Beberapa tahun yang lepas, ketika saya mengambil nasihat dengan memakai kaca mata (di mana saya fikir tidak membawa perubahan kepada penglihatan saya). Banyak yang sudah berubah. KJ dan saya sekarang sudah tidak lagi terlibat aktif dalam pimpinan tertinggi politik.

“Ini adalah majlis debat pertama kami (di London). Selepas bertahun-tahun, KJ masih lagi kurus dan tegap, sementara saya sudah bertambah berat badan,” tulis Rafizi.

KJ membalas kenyataan Rafizi itu dengan memuji Rafizi sebagai pesaing yang terhebat buat dirinya selain berharap satu hari nanti mereka berdua akan dapat bekerjasama dalam dunia politik.

“Mengimbas kenangan semula. Anda selalu menjadi pesaing terhebat saya. Saya harap anda menang. Dan mungkin satu hari nanti kita akan dapat bekerjasama dan berada di pihak yang sama,” tulis KJ pula.

Balasan komen yang positif antara Rafizi dan KJ itu turut mengundang komen-komen yang baik dari pengikut mereka.

Ada yang medoakan agar kenyataan KJ itu menjadi kenyataan dalam merealisasikan dunia politik kerana kedua individu ini dilihat mampu membawa idea baharu kepada politik Malaysia.

Selain itu, ada juga menyifatkan politik yang diamalkan oleh mereka berdua ini sebagai politik yang matang walaupun berbeza parti dan matlamat.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.