‘Khadam Mahathir’ Tamrin Mahu Hapuskan Sistem Beraja Kata Lokman Adam

Pemantau Malaysia Baru mengecam sekeras-kerasnya tindakan Regim Mahathir DAP yang membiarkan individu-individu tertentu yang rapat dengan Pemerintah Zalim negara ini untuk terus melakukan serangan keatas institusi DiRaja negara ini.

Diawal pemerintahan kerajaan bobrok Pakatan Penipu yang gagal menunaikan janji kepada rakyat ini, iaitu sekitar Mei 2018 lalu, Kadir Jasin dan Hishammuddin Rais telah diutus untuk memfitnah DYMM SPB YDP Agong. Sungguhpun, laporan polis telah kami buat keatas mereka berdua, tiada sebarang tindakan undang-undang diambil keatas mereka yang jelas telah memfitnah dan menghasut rakyat untuk membenci Institusi DiRaja yang menjadi payung dan pelindung Agama Islam serta rakyat berbilang kaum negara ini.

Sejak kekebalan yang diberikan kepada dua individu ini dan kenaikan pangkat Kadir Jasin yang dinaikkan darjat sebagai Ketua Unit Media Pejabat Perdana Menteri, budaya menyemarakkan kebencian terhadap Institusi DiRaja ini telah diteruskan oleh beberapa juak DAP yang lain sehingga memaksa Pemantau Malaysia Baru membuat satu lagi laporan polis terhadap dua individu diatas berserta Tamrin Ghafar sejurus selepas Hari Keputraan DYMM SPB YDP Agong yang lalu. Seperti biasa, walaupun pihak PDRM telahpun membuka kertas siasatan, akibat daripada tindakan Tun Mahathir yang telah tunduk dengan kehendak DAP, melantik Peguam Ketua Komunis Malaya sebagai Peguam Negara, kertas siasatan pihak PDRM telah sekali lagi dibakulsampahkan.

Semalam, sekali lagi fitnah Tun Mahathir keatas Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor yang menjadi mangsa fitnah kononnya telah membunuh adik Prebet Adam yang dikatakan merupakan seorang “caddy golf”, telah diulangi sekali lagi. Kali ini, Mangsa khadam Mahathir merupakan cucu kesayangan Almarhum Sultan Iskandar, iaitu Tengku Mahkota Johor, Tengku Ismail Ibni Sultan Ibrahim. Iaitu seorang Putera Raja berjiwa rakyat yang cukup lantang membela nasib rakyat dengan mengkritik kepimpinan Barisan Nasional dulu dan Pakatan Harapan kini. Semalam, TMJ telah difitnah berhubung satu pergaduhan yang kononnya melibatkan TMJ dengan seorang lagi kerabat bernama
Tengku Nadzimuddin Tengku Mudzaffar sekitar tahun 2008, iaitu ketika pemerintahan Tun Abdullah Badawi.

Tamrin telah melabel tindakan pihak PDRM dibawah kepimpinan Tan Sri Musa Hassan ketika itu yang kononnya telah menutup insiden tersebut sebagai ‘Menutup
Gajah Dengan Nyiru. Persoalannya, apa perlu diungkit peristiwa 10 tahun lalu untuk menghasut rakyat membenci Institusi DiRaja, sedangkan insiden pendakwaan terpilih kini jauh lebih parah
dibawah regim Mahathir, iaitu manusia yang telah mengkhianat ayahnda beliau Tun Ghafar Baba pada tahun 1993.

Jika retina Tamrin, hanya mampu melihat pendakwaan terpilih yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional, izinkan saya senaraikan satu dua insiden yang jelas menunjukkan pendakwaan terpilih dalam tempoh 5 bulan negara ini dirosakkan oleh Pakatan Penipu :

1. Sehari sebelum Thommy Thomas dilantik sebagai Peguam Negara, hukuman 18 bulan Penjara yang dijatuhkan keatas Rafizi Ramli telah ditukar kepada hanya perlu berkelakuan baik dengan bon jaminan sebanyak RM10,000 sahaja. Ada Tamrin dengar Jabatan Peguam Negara melakukan sebarang rayuan?
2. Kes Akta Komunikasi & Multimedia dan Kes Akta Hasutan yang dihadapi oleh Sivarasa Rasiah, kedua-duanya digugurkan sebaik Pakatan memerintah.
3. Kes yang dihadapi oleh Eric Paulsen dibawah Akta Hasutan juga digugurkan.
4. Kes yang kamu sendiri hadapi telah dilepaskan selepas BN ditumbangkan oleh fitnah keatas 1MDB dan GST.
5. Lebih parah lagi, Lim Guan Eng yang berhadapn dengan pertuduhan rasuah kerana telah membeli banglow mewah daripada Ms Phang Li Khoon yang mempunyai urusniaga dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan harga hanya RM2.8 juta sedangkan harga pasaran rumah tersebut adalah RM4.7 juta, telah digugurkan kes beliau tanpa perlu diselesaikan melalui proses pembicaraan. Tidakkah Tamrin nampak betapa rosaknya kredibiliti Jabatan Peguam Negara apabila tuduhan ke atas Guan Eng dan Phang Li Khoon digugurkan walaupun 25 daripada 60 orang saksi pendakwaan telahpun dipanggil.

Tidakkah Tamrin berasa pelik diatas kebodohan pemimpin korup DAP ini yang turut berhadapan dengan tuduhan rasuah melibatkan Projek Terowong Dasar Laut? Tidak bolehkah Guan Eng berlakon dan membiarkan diri beliau dibebaskan melalui proses pembicaraan yang lebih dilihat terhormat daripada penarikan balik tuduhan oleh Jabatan Peguam Negara yang penghuni Hospital Bahagiapun boleh faham dengan jelas penyalahgunaan kuasa yang Thommy Thomas lalukan untuk menyelamatkan bekas anak guamnya itu? Bukankah DAP sudah berjaya meletakkan Tan Sri Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara bagi membolehkan kes beliau untuk didengar oleh hakim yang boleh membuat keputusan berdasarkan selera mereka? Takkan selepas menguasai Jabatan Peguam Negara dan Institusi Kehakiman, Guan Eng masih tidak yakin akan menang kes tersebut.

Saya menyokong penuh kenyataan Tamrin yang menuntut agar Pasukan Polis dari Ketua sehingga ke pangkat ‘private’ melaksanakan undang-undang dengan tulus dan berhemah tinggi TANPA mengira pangkat dan kedudukan. Namun, apa yang pihak Polis boleh buat jika kertas siasatan yang diserahkan oleh mereka berhubung salahlaku pemimpin Pakatan langsung tiada satupun menerima lampu hijau oleh Bapa Penyamun yang mempunyai hobi menyimpan fail salahlaku politikus untuk digunakan sebagai bahan ugutan sekiranya politikus terbabit mula menunjukkan tanda-tanda hendak melawan kepimpinannya.

Pemantau Malaysia Baru ingin menegaskan bahawa, selagi Institusi DiRaja tidak menyeru rakyat Malaysia untuk melakukan kemungkaran atau menghalang rakyat dari melaksanakan perintah Allah, selagi itulah kami akan mempertahankan Institusi DiRaja dalam negara ini dari sebarang ancaman. Rakyat Malaysia harus bangkit sekiranya Sistem Raja Berperlembagaan yang dilaksanakan dinegara ini mahu digantikan dengan sistem Republik bagi mengangkat Mahathir sebagai Maharaja baru menggantikan Raja-Raja Melayu.

Buat Duli Yang Amat Mulia Tengku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tengku Mahkota Johor, teruskanlah perjuangan Tuanku menyuarakan hal-hal demi kepentingan rakyat dan teruskanlah teguran-teguran yang membina tidak kira sama ada ianya ke atas kepimpinan kerajaan atau pembangkang, mahupun penjawat awam. Usahlah bimbang jika teguran Tuanku ditemplak oleh rakyat atau tentera cyber pihak tertentu yang gemar menyerang ruang komen media sosial Tuanku. Apa yang penting bukanlah berapa ramai yang bersetuju atau tidak dengan teguran Tuanku, tetapi yang penting ialah apa yang Tuanku katakan adalah ikhlas dari sanubari Tuanku dan berlandaskan kebenaran. Biar apa yang kita katakan ditolak oleh majoriti rakyat asalkan ianya diredhai Allah s.w.t.

Dato’ Lokman Noor bin Adam
Presiden
Pemantau Malaysia Baru

3 thoughts on “‘Khadam Mahathir’ Tamrin Mahu Hapuskan Sistem Beraja Kata Lokman Adam

  • October 26, 2018 at 9:34 pm
    Permalink

    Kau sedap ckp salah org?? Salah parti korup rasuah jutaan ringgit hilang rompak curi kau tk tau ke?? Ramai lgi akan di cekup bekas2 parti dulu yg terlibat rasuah??? Ni da ada 5 org !! Spesis korang semua tk leh pakai?? Rasuah salahlaku ..pecah amanah dan byk lagi lah!!! Nama ..agama ..islam ..! rompak lgi kuat??? Rosak musnah hancur !!! Korang takbur bongkak angkuh nk lawan undang2.. kau lupa allah swt maha berkuasa maha mengetahui… kau lupa langit tu tinggi!!!

    Reply
  • October 26, 2018 at 9:40 pm
    Permalink

    Perosak negara.. pengkhianat penyangak muka tk malu!! Habis rosak serosak2 nya!! PH terus maju dan maju…buktikan PH jutaan kali lebih amanah bagus terbaik!! Tun M rakyat mau PH pimpin rakyat malaysia..! Ayuh PH dan kabinet
    Jgn culas .cuai. pecah amanah.jujur..ikhlas.intergriti..!

    Reply
  • October 26, 2018 at 9:42 pm
    Permalink

    Korup kurap rosak khianat! Berkubur berderai bak debu!!
    Meluat menyampah benci…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.