Kami Umpama ‘Anak’, Tak Tergamak Hentak ‘Ayah’ – Puteri UMNO

SHAH ALAM – Pergerakan Puteri UMNO berpendapat proses undang-udang yang sedang berjalan adalah peluang terbaik untuk Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membersihkan nama beliau daripada pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Ketua Puteri, Zahida Zarik Khan berkata, Ahmad Zahid mempunyi hak untuk mendapatkan keadilan yang sebaik mungkin berdasarkan prinsip ‘Tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah’, dan semua pimpinan parti tidak sepatutnya bersikap ‘prejudis’ dengan membuat perbicaraan di media.

Pendirian Puteri itu nyata tidak selari dengan sayap Pemuda yang sebulat suara mencadangkan Ahmad Zahid untuk bercuti seketika daripada jawatan presiden parti sehingga selesai kes pertuduhannya di mahkamah.

“Puteri mengutamakan kematangan bertindak dan akan sentiasa berbincang secara keluarga bersama Jawatankuasa Pengurusan, Biro Politik dan Majlis Tertinggi yang mana Puteri adalah anggotanya.

“Seperti semua maklum parti kita sedang ditekan kuat oleh pihak kerajaan, seorang demi seorang pemimpin kita didakwa, kemungkinan ramai lagi akan dikenakan tindakan bermotifkan politik dan pendakwaan terpilih yang mereka amalkan.

“Puteri juga akan terus ber-‘Solidariti’, mendoakan dan memberi sokongan moral kepada Presiden parti disaat kita diuji sekarang ini. Puteri terus memberi sokongan kepada Presiden parti untuk mempertahan dan melindungi parti dari terjerumus ke jurang yang lebih berbahaya demi masa depan Agama, orang Melayu dan negara tercinta. 

“Kami umpama anak yang tidak tergamak untuk ‘menghentak’ dan menambah beban emosi kepada ‘Ayah’ yang sedang berhadapan masalah ketika menguruskan ‘keluarga besar UMNO’ ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad Zahid ketika ini berdepan dengan 45 pertuduhan pecah amanah, menerima wang rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan lebih RM100 juta. Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan.

Mahkamah menetapkan 14 Disember ini untuk sebutan kes. 

Dalam pada itu Zahida juga menyeru agar ahli-ahli UMNO agar bertenang dan terus mendoakan kebaikan para pemimpin dan parti.

Tambah beliau, Puteri memahami cabaran bakal dihadapi oleh sesiapa sahaja yang menjadi Ketua Pembangkang, dan percaya Ahmad Zahid selaku Presiden mempunyai kebijaksanaan dalam menentukan pendiriannya

“Sama-sama kita teruskan rapatkan saf, berjuang dengan penuh keikhlasan dalam usaha kembalikan semula kepercayaan rakyat kepada parti keramat ini. UMNO Sebuah perjuangan,” katanya. -SuaraTv 

3 thoughts on “Kami Umpama ‘Anak’, Tak Tergamak Hentak ‘Ayah’ – Puteri UMNO

  • November 9, 2018 at 12:16 pm
    Permalink

    tinggalkan jer parti da korup rosak teruk?? Nama rosak sampai bila2?? Nyesal nanti..fikirlah …makin ramai lagi akan didakwa?? Terlampau
    Musnah hancur dah?? Tk caya tgklah nanti…!!!

    Reply
  • November 9, 2018 at 12:19 pm
    Permalink

    Kena tergamak tgk gayanya..sbb dulu langsung tk fikir kita yg setia?? Dia org tk setia..ramai2 cabutlah…byk parti lain yg baik bagus amanah!!!

    Reply
  • November 9, 2018 at 12:21 pm
    Permalink

    Tgk jer pru14 pengundi pun tk kenal calon ?? Tapi undi selain korup??? Tanda nya dah nampak?? Apa tunggu lagi….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.