Istana Negeri Sembilan Tarik Balik Darjah Kebesaran Najib & Isteri

KUALA LUMPUR – SItana Negeri Sembilan menarik balik darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.

Menerusi Pendaftar Darjah, Bernama melaporkan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (SPNS) kepada Najib dan Darjah Seri Paduka Tuanku Ja’afar Yang Amat Terpuji (SPTJ) kepada Rosmah ditarik balik.

Anugerah itu membolehkan Najib bergelar Datuk Seri Utama dan Rosmah pula bergelar Datuk Seri.

Rosmah hari ini hadir di Menara KPJ, Jalan Tun Razak pagi ini bersama dua orang anaknya bagi memberi keterangan kepada polis berhubung siasatan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Rosmah sebelum ini dijadual memberi keterangan kepada Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) semalam namun proses itu diminta ditangguhkan pada hari ini.

Najib semalam pula berhadapan enam lagi pertuduhan selain 32 sebelum ini. -SuaraTv

One thought on “Istana Negeri Sembilan Tarik Balik Darjah Kebesaran Najib & Isteri

  • October 30, 2018 at 1:03 pm
    Permalink

    Tepat betul tarik darjat kebesaran pd semua yg terlibat jenayah!!! Beri pd lain yg amanah bertanggungjawab pikul tugas yg rakyat amanahkan…bukan pd perompak jenayah!@

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.