Zara Zya Tak Boleh Berjalan, Sebab Kasut Tumit Tinggi

Pelakon Zara Zya dikejarkan ke hospital semalam selepas mendapati kaki dan tulang belakangnya sakit dan tidak boleh berjalan.

Zara menerusi akaun Instagram (IG)nya memberitahu sakit itu datang tiba-tiba apabila terjaga di waktu pagi, lapor Gempak.

Bagaimanapun, Zara memberitahu punca sakitnya itu adalah disebabkan sering memakai kasut tumit tinggi.

Pelakon itu kemudian menasihati wanita di luar sana agar mengurangkan pemakaian kasut tumit tinggi bagi mengelakkan perkara yang sama berlaku.

Dalam entri yang sama, Zara turut memuat naik fotonya yang terlantar di hospital serta berkerusi roda.

Rata-rata peminat telah meninggalkan komen mendoakan agar Zara segera sembuh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.